Berdasarkan video CCTV tersebut, pengasuh berkenaan memukul belakang kepala mangsa dan menolak kepalanya menyebabkan mangsa tersembam ke lantai. Tidak cukup dengan itu, mangsa ditarik dan diangkat sebelum dicampak ke lantai dengan kepala terlebih dulu tersembam ke lantai.
Ketika kejadian itu berlaku, salah seorang rakan sekerjanya yang berada berhampiran hanya memerhati dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang wanita terbabit dari terus mendera mangsa.
Kejadian itu hanya disedari oleh pengetua pusat berkenaan yang dikenali sebagai Wu, selepas dia mendapati dahi mangsa mempunyai kesan lebam, lalu mengambil keputusan untuk memeriksa semula video rakaman CCTV.
Sebaik saja mendapati mangsa didera, dua kakitangan terbabit diarahkan berhenti serta-merta.
Sebaik saja mendapati mangsa didera, dua kakitangan terbabit diarahkan berhenti serta-merta.
Wu berkata, pengasuh terbabit menjelaskan dia ketika itu berada dalam keadaan stress dan ditambah pula dengan kakinya yang sedang sakit. Dalam masa yang sama, mangsa pula menangis (tantrum) menyebabkan dia hilang kesabaran lalu memukul dan menghempas mangsa ke lantai.
Sumber: The Star
from The Reporter http://ift.tt/2FFS1po
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment