Home » , » 'Dia terjumpa botol kaca berisi tanah dan diikat dengan kain merah'

'Dia terjumpa botol kaca berisi tanah dan diikat dengan kain merah'

shamsulazlan | 09:27 | 0 comments

Salam min. Aku seorang remaja berusia 19 tahun sekarang. Cerita ini berlaku semasa aku di tingkatan dua, pertengahan tahun 2013. Waktu itu aku memilih untuk bersekolah bersama saudara aku. Satu sekolah, sama baya cuma kelas kami sahaja yang berlainan. 

Kami agak rapat memandangkan umur kami sebaya dan bezanya cuma empat hari awal hidup dari dia. Kami bersekolah di sebuah sekolah yang terletak di Kajang. Tak perlulah aku nak describe rupa atau nama sekolah itu. 

Waktu itu aku tinggal bersama makcik aku. Awal-awal tahun aku, semuanya okey. Tetapi selepas saudara aku menyertai satu perkhemahan yang dibuat di dalam sekolah dan menginap untuk beberapa hari di sana, banyak kejadian pelik berlaku. 

Nama saudara aku ni Hazwan, seorang ahli pengakap dan agak berjasa dalam sekolah. Jadi dia terpilih untuk menyertai perkhemahan memandangkan dia memegang pangkat. Semasa dia berkhemah untuk tiga hari kalau tak silap, semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi pada keesokan harinya, semua berubah. Seorang dariapda kawan kami terkena gangguan oleh kerana dia bermain di tepi kawasan sekolah yang ahli pengangkap buat perkhemahan itu. 

Nak dijadikan cerita, kawan kami ini kawan perempuan dan nama panggilan dia Eylda. Elyda ini seorang yang manja dan agak cerdik dari aku. 

Satu hari itu dia bergaduh dengan kawan-kawan dia. Jadi dia fed up, maka dia jalan keliling sekolah seorang diri pada masa rehat. Aku terserempak dengan dia tetapi dia hanya membalas senyumannya yang agak manja itu. 

Masa itu aku nak pergi ke surau sekolah sebab dah masuk waktu solat Asar. Jadi, aku terus bergegas ke surau sebab takut terlambat. Jadi aku tak endahkan dia pun. Selepas habis berjemaah dengan budak-budak yang lain di surau dan yang sudah selesai mahu keluar dari surau, tiba-tiba aku terdengar Elyda ini menjerit sambil berlari. 

Dia menjerit bukan sebab ketakutan atau terkejut, tetapi menjerit seperti orang gila dan kalau boleh dengar suaranya seperti mengilai. Bila semua dah mengelabah sebab dia tiba-tiba jadi begitu, jadi salah seorang pelajar perempuan panggil ustazah sebab takut melihat keadaan si Eylda itu. 

Bila ustazah datang ke surau, ustazah cuba juga menarik tangan dia untuk masuk ke surau tetapi dia cuba melarikan diri dan menepis tangan ustazah. Ustazah apa lagi, dia bacalah apa yang patut dan selepas itu dengan tiba-tibanya angin kuat datang melanda. Boleh terbang jugalah tudung pelajar perempuan disebabkan angin itu. 

Si Eylda masih mengilai dan dia terbang serta panjat dari tangga ke tangga sambil merangkak. Kami hanya terkesima melihat dia. 

Kemudian pelajar lelaki pula mencari ustaz untuk mendapatkan bantuan. Masa ustaz datang, keadaan agak baik dari tadi. Kami beramai-ramai duduk dalam bulatan di dalam surau untuk membaca ayat-ayat Al-Quran yagn kami tahu. Seorang demi seorang kena. Mulanya pelajar perempuan di depan aku terkena, tidak lama selepas itu badan aku panas dan tangan menggeletar. Aku kepanasan, sambil menahan kesakitan itu, aku terasa ada sesuatu yang nak masuk ke badan aku sebelum terkulai secara tiba-tiba. 

Hazwan menceritakan satu demi satu apa yang terjadi pada aku selepas itu. Katanya aku tiba-tiba mengilai dan duduk mencangkung. Meroyan sana sini tak tentu arah. Ada beberapa pelajar merakam tingkah laku aku menggunakan telefon bimbit mereka. Tidak tahulah macam mana gayanya boleh bawa phone ke sekolah pada masa itu. 

Hazwan pada masa itu tiada di surau. Dia cuma ada selepas dimaklumkan oleh kawannya tentang apa yang berlaku pada aku. Dia bergegas ke surau untuk melihat keadaan aku memandangkan dia agak risau dan hanya dia seorang saja sangat mengambil berat tentang aku walaupun kami kurang rapat di sekolah. Cuma sesetengah orang sahaja yang tahu hubungan kami adalah saudara. 

Aku yang cuba ditenangkan oleh ustazah ketika itu cuma dapat berdiam diri dan masih lagi dalam ketakutan. Sejak dari kecil aku dapat melihat benda-benda halis walaupun ramai yang kata aku hanya buat cerita. Tetapi setiap kali aku cakap, benda itu akan berlaku di depan mata. Kehendak Allah. 

Untuk beberapa minggu aku diberi cuti untuk berehat di rumah. Tetapi kelakuan aku masih janggal lagi. Aku suka bercakap seorang diri dan bila makcik aku mengetahui hal sebenar yang berlaku pada aku,  dia cuba mengambil hati dengan lembut (ajak berbual bertanya khabar) tetapi aku tak menjawab satu apa pun dengan suara dan mengangguk.

Pernah satu ketika itu  sewaktu balik sekolah, aku pergi dan balik sekolah naik bas. Dalam perjalanan ke rumah, aku boleh turun di tepi jalan dan bercakap dengan benda itu. Hazwan pun turun dan berlari untuk mengejar aku. Di rumah pun aku masih berkelakuan sama. Makcik aku pun hanya mendiamkan diri apabila dia sendiri melihat video yang viral dalam sekolah aku pada masa itu. 

Dalam seminggu dua, aku masih belum pulih sepenuhnya dan kadang-kadang terbawa-bawa ketakutan sampai ke rumah. Aku selalu ternampak benda itu bertenggek di meja dalam kelas, duduk di sebelah kawan aku. Tetapi bila aku cakap dengan kawan aku, "Wei! Duduk tempat lain." benda itu marah aku. Dia pandang aku dengan pandangan tajam mata merahnya itu. Siapa boleh bayangkan setiap hari nampak benda yang sama. 

Di sekolah semakin hari semakin banyak kes terjadi. Ada kes pelajar sampai tumbuk pintu disebabkan gangguan itu. Ada yang terapung disebabkan bacaan Al-Quran yang dibaca oleh pelajar sekolah dan kakitangan sekolah. 

Akhirnya, sekolah panggil beberapa ustaz datang untuk memagar kawasan sekolah. Ustaz itu cerita bahawa ada sesuatu perkara yang sepatutnya tidak boleh kami lakukan di tepi kawasan sekolah yang bersebelahan dengan hutan.

Nak dijadikan cerita, seorang pelajar yang turut serta dalam khemas itu menceritakan dialah yang membuat onar benda ini semua berlaku. Dia kata dia terjumpa satu botol kaca tersebut yang mempunyai tanah di dalamnya berserta dengan kain merah yang diikat di mulut botol tersebut. Dia campak botol kaca itu sehingga pecah dan tidak lama selepas itu bermulalah kes si Eylda diganggu tadi. 

Selang beberapa hari selepas itu, aku pun berubat di rumah. Sejak dari kes itu, aku memilih untuk berpindah ke sekolah di daerah kelahiran aku. Moralnya jangan takut sangat dan jangan sesekali jadi terlampau berani.


from The Reporter http://ift.tt/2HP5TdN
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger