Home » , » 'Overclaim, pakai dua minit dah putih, pakai seminggu dah naik urat hijau'

'Overclaim, pakai dua minit dah putih, pakai seminggu dah naik urat hijau'

shamsulazlan | 17:43 | 0 comments

Lambakan produk kecantikan di pasaran adakalanya menimbulkan persoalan, apakah produk itu selamat digunakan? Meskipun pengguna boleh membuat semakan pendaftaran sesebuah produk itu laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), namun pengguna juga perlu tahu bagaimana cara-cara untuk mengesan produk itu merupakan produk yang tidak selamat untuk digunakan.

Untuk itu, anak muda ini tampil berkongsi 10 tips untuk anda. Semoga bermanfaat.

PENAT nak menjawab soalan, "Yoi, produk ni kilo tak?", "Yoi, produk ini selamat tak?", "Yoi, bla.. bla.. bla..", "Yoi, single tak?", eh? 

Sini saya ajar teknik mudah nak mengesan produk sampah. 

1. Pergi ke kedai jamu dalam mall itu, tak pun mana-mana toko jamu. Segala skincare dalam kotak, ada satu set, bekas kecil-kecil, warna warni di aidilfitri, itulah produk sampah. 

2. Cari founder dia, tengok latar belakang. Kalau tak ada background medic atau chemist, SPM belum habis atau pesen belajar tak tinggi mana, pendek kata bodohlah senang cerita, maknanya produk dia produk sampah. 

3. Kau tengok ada jual di drugstores tak? Kalau tak ada, sampah! 

4. Benda ini paling senang detect. Tengok kotak, ada tak alamat kilang, ada senarai ingredients tak. Kalau tak ada, sampah!

5. Ada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) tak bermakna produk itu selamat. Apatah lagi yang tak ada KKM, lagilah sampah!

6. Tengok testimoni. Kalau edit sampai hilang hidung, sampah!

7. Bau, bau wangi macam letak perfume sebab nak hilangkan bau mercury.

8. Tekstur melekit dan berkilat, ada mercury. Bila dibiarkan lama-lama, bekas krim akan jadi hitam. 

Contoh krim bermerkuri - Foto Has Beauty Official
9. Sekiranya korang pakai dan muka barai, sampah! Tak ada istilah healing crisis. 

Ada yang kata, "Aku pakai elok je". Yang ini aku nak terangkan sikit. Ada tiga cara mercury, hydroquinon, tretinoin baraikan kesihatan kau. 
  1. Kesan segera. Kalau pakai terus barai. 
  2. Selepas berhenti, baru barai.
  3. Muka glowing, cantik dan berkilat. Tetapi buah pinggang rosak perlahan-lahan.
Ada mangkuk hayun kata, "Pakai kat muka, tiba-tiba rosak buah pinggang? Tak ada kena mengena!"

Haa, ini kalau aku kabor kau bengap, memang menggelupur. Mercury meresap dari kulit sampai ke dalam saluran darah. Darah dibawa ke buah pinggang untuk tapis. Tak adanya muka kau pakai penapis teh untuk tapis darah. Itu pasal effect buah pinggang. 

Dah rasa educated sikit selepas baca ini? Kau boleh slow-slow hantuk kepala di dinding. 

10. Overclaim. Pakai dua minit dah putih. Pakai seminggu dah naik urat hijau, bla.. bla.. bla.. Sama seperti supplement dan jamu. Kalau nampak overclaim boleh sembuhkan kanser ke, boleh rawat buah pinggang ke, boleh rawat penyakit apa ke, sampah! Ingat, supplement bukan ubat! 

I've done my part. The choice is yours!

Sumber: Khairul Yoi


from The Reporter http://ift.tt/2qVZidV
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger