Home » , » 'Saya tak naklah hidup berkahwin kalau rumah sunyi begini'

'Saya tak naklah hidup berkahwin kalau rumah sunyi begini'

shamsulazlan | 00:51 | 0 comments

Menangis si isteri pabila suaminya tidak begitu melayani sebaik saja pulang dari bekerja. Jika bukan terus masuk tidur, pasti akan keluar untuk lepak bersama kenalannya dan tinggallah si isteri seorang diri di rumah kesunyian.

Tetapi usahlah berduka kerana masalah seperti ini boleh diatasi sekiranya kedua-dua cuba memberi ruang dan peluang untuk memahami masing-masing. Usah terlalu mendesak, jangan pula terlalu mengharap 100%. Perlahan-lahan dan inshaAllah akan wujudnya keserasian.

SAYA kenal suami saya dah lama. Masa mula-mula kahwin, saya selalu rasa sunyi sebab suami balik kerja saja dah penat. Saya yang selalu tak sabar-sabar menunggu kepulangan dia sebab saya nak bersembang dengan dia. Siap tunggu depan pintu, nak sambut dia balik.

Dengar saja bunyi motosikal dia, saya dah senyum lebar. Dia sampai di depan pintu, saya sambut dengan melompat-lompat kecil sambil tepuk tangan ala-ala 'Yeay! Yeay! Abang balik! Abang balik!". Punyalah seronok suami balik kerja.

Tetapi dia pula bila dah sampai rumah, dia terus masuk tidur. Kalau tak tidur, dia keluar pergi kedai abang dia. Lama kelamaan, saya rasa sedih sangat. Saya rasa tak best sebenarnya bila dah kahwin ini sebab sebelum berkahwin, kami banyak bersembang. Ada saja topik yang nak dibicarakan bersama, gelak ketawa bersama-sama.

Lama kelamaan saya dah tak tahan, lalu saya bertanya pada suami kenapa dia tidak mahu bersembang dengan saya? Dia jawab yang dia penat dan tiada apa yang hendak disembangkan bersama.

Saya terus menangis, menangis seperti orang kehilangan anak. Tetapi suami saya senyum saja sambil mengusap-usap kepala saya dan kata, "Tak ada apa-apalah. Abang penat kerja, tak ada hot topik nak bincang. Janganlah fikir yang bukan-bukan.".

"Saya tak naklah hidup berkahwin kalau rumah sunyi macam ni," tersedu-sedu saya menjawabnya.

"Saya tengok kawan-kawan kita tak ada pun macam kita. Ada je diorang nak sembang, gelak-gelak," sambil kesat air mata.

Suami senyum lagi dan kata, "Okey, okey. Awak nak borak apa?"

"Tak tahu. Saya pun tak ada topik. Awak tak ada cerita best-best ke nak beritahu saya? Gossip kat office ke?" soal saya.

"Tak ada sebab semua orang tengah sibuk di office. Jadi tak sempat nak bergosip-gosip. Cuba awak call kawan-kawan kita, tanya diorang borak apa di rumah?" pinta suami.

Saya pun gigih mesej kawan-kawan tanya topik apa yang diorang selalu borak dengan suami diorang. Antara yang reply:

  • "Aku buat hal aku dalam bilik. Laki aku buat hal dia depan TV. Kalau borak pun, tanya nak makan apa je," boringnya. 
  • "Aku borak pasal anak je. Kecuali ada benda-benda penting," boringnya.
  • "Borak apa? Kami banyak bergaduh dari berborak. Tapi korang tengok kami macam banyak benda kami borak kan?"
  • "Aku update semua benda yang aku buat kat suami aku. Kol berapa aku gi jamban, anak makan apa, semua aku cerita kat suami aku. Siap ada episod-episod lagi," saya dah mengekek dah. 

Kesimpulannya bagi saya, bila dah berkahwin ini, saya jangkakan mesti lagi best dan lagi banyak perkara yang saya boleh borak dengan suami. Tetapi hakikatnya tidak semua seperti dalam TV. Hehe! So saya dah boleh terima dah. Sekarang bila dah ada anak, memang topik borak tentang anak sajalah. Saya tahu boring tetapi suami saya ini jenis hakim dorey. ada saja dia nak merapu meraban, jenuh mengekek.

Tetapi Alhamdulillah, sekarang suami lebih memahami. Cuba korang share apa topik yang korang selalu borak dengan suami. Mana tahu boleh tukar dari topik anak ke topik baru pula.

Sumber: Kisah Rumah Tangga


from The Reporter http://ift.tt/2Fkcdsh
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger