Isu perbandingan warna kulit bukanlah isu terbaru dalam masyarakat kita. Isu ini telah timbul sejak dari dulu lagi apabila wujudnya sikap 'ambil tahu', tetapi ramai yang tidak sedar bahawa tindakan itu boleh mengguris perasaan dan hati ibu bapa terutamanya anak itu sendiri.
Sama ada si anak memiliki kulit cerah, sederhana cerah atau gelap, usahlah dibanding-bezakan mahupun dipersoalkan kerana perbuatan itu menunjukkan dengan jelas sekali anda mengutuk ciptaanNya. Bayangkan jika kejadian seperti ini berlaku pada anak anda sendiri, pasti akan menyebabkan anak akan rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri.
I'M so enough with this! Bila saya keluar dengan anak-anak saya, selalu sangat orang tegur kenapa kakaknya putih dan adiknya hitam? (Balqis berkulit cerah dan Alliss tanned sikit).
Kadang-kadang bila orang tengok saya yang berkulit cerah ini, orang tanya "adik beradik ke?". Saya jawab, "Ya, adik-beradik". "Oo, ingatkan bukan sebab yang adik ini hitam dan kakak dia putih."
I don't mind at all anak saya putih ke hitam ke. In fact I really love my husband punya skin tone, hitam manis. Dan saya tidak pernah membezakan atau menimbulkan isu warna kulit, tetapi orang luar pula yang suka membanding bezakan dua beradik ini di depan mereka sendiri.
Dan hari ini semasa pergi ke pasar, seperti biasa orang suka tegur anak-anak Nurul. Kemudian dia cakap pada Nurul, "Yang ini ikut emak dia, adik ini gelap sebab ikut ayah dia kot?"
Nurul suka kalau orang kata anak ikut muka Nurul atau suami tetapi jangan sebut pasal warna kulit sebab satu vibes yang tidak baik untuk anak Nurul.
Kemudian dia cakap pada Alliss, "Tak bolehlah adik pakai baju pink macam kakak," katanya sambil mencubit pipi Alliss manja-manja.
Saya tahu mereka tiada niat, saja tegur-tegur. Tetapi bagi kita orang dewasa okey. Tetapi bagi budak-budak?
Balik ke rumah, selepas mandi, saya nak pakaikan baju frozen pink tetapi Alliss menolak.
"Alliss tak nak baju pink. Alliss nak putih macam kakak baru boleh pakai baju pink," kata Alliss.
"Kenapa Alliss hitam? Kenapa ibu putih? Kenapa kakak putih?" soal Alliss lagi.
Terkesima sekejap, Ya Allah. Tak sukanya Nurul bila berdepan dengan situasai seperti ini. Nurul dari kecil lagi mendidik anak-anak bahawa setiap orang sama rata, sama cantik, sama bagus. Nurul didik anak Nurul supaya tiada perasaan rendah diri di antara satu sama lain.
Tetapi Alliss baru berusia empat tahun dah mula rasa rendah diri dengan diri dia disebabkan selalu sangat dibanding bezakan tentang warna kulitnya dengan Balqis.
The point is, walaupun orang tiada niat nak mengata atau hanya sekadar suka-suka sahaja cakap begitu, tetapi bila cakap kenapa kakak putih tetapi adik hitam akan memberi gambaran kepada anak-anak Nurul bahawa putih itu satu kelebihan dan hitam itu satu kekurangan.
Entahlah, kenapa masih ada orang rasa bahawa yang berkulit putih itu lebih cantik, lebih bagus dan bila berkulit gelap itu kurang cantik dan sebagainya? I cannot brain this!! What a bad mentality.
Sumber: Nurulbadiah Lai
from The Reporter http://ift.tt/2rqmdyi
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment