Home » , » 'Kerajaan tak sekat kebebasan bersuara rakyat'

'Kerajaan tak sekat kebebasan bersuara rakyat'

shamsulazlan | 05:01 | 0 comments

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menyekat kebebasan bersuara rakyat jika ia hanya sekadar hal-hal mengkritik kerajaan atau berbeza  pendapat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menurut beliau, perkara yang dipantau kerajaan adalah berita berbentuk  fitnah, perkauman, menjejaskan keselamatan negara dan melanggar undang-undang negara.

“Begitulah sikap kerajaan tentang kebebasan bersuara sekarang. Bagaimana boleh kita katakan kerajaan sekarang menyekat kebebasan bersuara jika pembangkang masih bebas menulis blog mengkritik kerajaan, menerbitkan portal berita yang antikerajaan, dan membenarkan akhbar pembangkang dan media sosial terus beroperasi?,” katanya dalam blognya, sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Katanya terdapat perbezaan antara kebebasan suara dan menghormati undang-undang negara.

Beliau menjelaskan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan memberi hak kebebasan bersuara kepada rakyat, namun kebebasan tersebut tidaklah ‘mutlak’.

Namun, Salleh berkata Parlimen juga mempunyai hak untuk menetapkan had kebebasan bersuara berdasarkan keperluan dan kepentingan negara seperti keselamatan negara dan orang awam, mengawal penyebaran fitnah, melarang persoalan tentang kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu, dan kedudukan dan hak istimewa  Melayu dan Bumiputera.

Bendahari Umno itu berkata undang-undang tersebut bukan baharu tetapi wujud sejak begitu lama dan bukan semasa zaman perdana menteri sekarang.

“Akan tetapi kerajaan sekarang pula yang dikatakan tidak bebas dan menyekat kebebasan bersuara,” katanya.

Salleh menegaskan, dahulu kerajaan menjustifikasikan had kebebasan itu perlu untuk mengawal perpaduan rakyat disebabkan kemajmukan masyarakatnya bagi menjamin kestabilan negara dan bagi menghalang penyiaran laporan yang boleh memberikan imej buruk tentang negara.  

“Tetapi sekarang ini, jika kerajaan mengenakan kawalan, mereka yang dahulunya menjustifikasikan sekatan dengan sebab di atas berhujah pula kerajaan menyekat kebebasan bersuara.

“Inilah yang tidak betulnya apabila mempolitikkan semua perkara untuk tujuan politik,” katanya, - Bernama


from The Reporter http://ift.tt/2rJsvsW
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger