Foto Hiasan |
Bila datang ke tempat orang, jagalah kelakuan dan janganlah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. Ini kerana ada 'benda' yang memerhatikan kita, lebih-lebih lagi apabila berkunjung atau bercuti di tempat-tempat yang kita sendiri tidak begitu arif dengannya.
Sudah ditegur agar tidak terlalu bising tatkala mereka rancak berbual dan bergelak ketawa sehingga dapat didengari ahli keluarga lain yang sudah terlena. Namun hanya 'makan saman' seketika sebelum gelak ketawa mereka kembali memenuhi rumah percutian itu.
DULU pernah bercuti ramai-ramai satu keluarga besar di tempat salah satu tanah tinggi di Malaysia ini dan bermalam di banglo ini. Jika dilihat dari luar memang agak spooky sikit, apatah lagi kalau masuk ke dalamnya. Tetapi banglo ini memang besar dan ada banyak bilik. Saya dah tak ingat jumlah sebenar bilik yang ada tetapi kalau tidak silap ada tujuh atau lapan buah bilik.
Biasalah, bila dah ramai-ramai memang kecoh dengan macam-macam perangai. Nak dijadikan cerita, malam itu lepaklah geng-geng sepupu yang kepala gila-gila berkumpul dalam satu bilik. Bilik yang tingkap bilik atas corner yang bawah chimney itu (sila rujuk gambar) untuk berborak.
Biasalah kalau dah borak, mestilah diselangi dengan gelak ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia masing-masing. Cerita punya cerita, tak perasan satu rumah dah sunyi. Semua ahli keluarga dah tidur dan hanya tinggal kami saja yang bising tak tidur lagi.
Tengok jam pada waktu itu baru jam 11.30 malam. Banyak lagi benda nak diborak sebab masing-masing jarang berjumpa. Jadi masing-masing sambung bergelak ketawa.
Sebelum itu, pakcik kami dah datang ketuk pintu bilik dan berkata kepada kami, "Suka sangat ni. Hari dah jauh malam," katanya sebab dia tengok kami galak sakan sangat ketawa kuat. Tetapi masing-masing jenis yang tak makan saman, hanya bercakap secara perlahan untuk seketika. Lima minit kemudian kembali gelak ketawa.
Ketawa punya ketawa, tiba-tiba salah seorang sepupu saya yang duduk menghadap tingkap itu ternampak sesuatu. Serta merta muka dia menjadi pucat lesi. Kemudian dia dah mula senyap. Kami yang duduk membelakangi tingkap pada waktu masih tak tahu apa-apa lagi. Jadi kami pun bertanya kenapa dia tiba-tiba senyap.
"Kenapa ni? Tiba-tiba je lain macam," soal kami.
Tanpa menjawab soalan kami, dengan perlahan-lahan dia mengangkat jari telunjuknya menunjuk ke arah tingkap. Kami yang lain pun tengoklah ke belakang dan sekali ternampak susuk berbaju putih tanpa kepala tengah berdiri!
(Kalau lihat pada gambar banglo itu sikit punya tinggi tu boleh sampai tingkat atas.)
Apa lagi, daripada ketawa terus menjerit masing-masing sampai terjaga semua orang dalam rumah itu. Pakcik kami yang mula-mula pesan tadi datang terus ke bilik dan menyuruh kami semua masuk tidur tanpa bertanya apa-apa.
Keesokan harinya semasa sarapan pagi, semua ahli keluarga bertanya tentang apa yang berlaku pada malam tadi. Rupa-rupanya bukan kami saja yang ternampak. Salah seorang dari makcik kami yang lepak di depan fireplace (sebab sejuk) di tingkat bawah pun nampak kelibat itu lalu tanpa kepala.
Apa lagi, pakcik kami pun sekolahkan kami dan berpesan lain kali jangan terlalu suka sangat bila pertama kali datang ke tempat baru.
Mujurlah 'benda' itu menunjukkan dirinya begitu sahaja untuk mendiamkan kami. Tak adalah nak kacau sampai meleret-leret ke Subuh.
Sumber: Ashkiela
from The Reporter http://ift.tt/2BjdygF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment