Home » , » 'Dulu selalu bergaduh, tapi bila dah mula solat jemaah, cakap apa pun semua cakap baik-baik saja'

'Dulu selalu bergaduh, tapi bila dah mula solat jemaah, cakap apa pun semua cakap baik-baik saja'

shamsulazlan | 05:58 | 0 comments

Semakin ramai jemaah yang terlibat dengan sembahyang berkenaan, maka semakin besarlah pahala yang diperoleh. Bersama-samalah kita memanfaatkan perkongsian dari Tuan Afnan Rosli ini. Semoga rumah tangga anda lebih bahagia dan dirahmati Allah. 

PETUA MELEMBUTKAN HATI PASANGAN

Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tahu-tahu isteri saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga baby semalam kot? Tak apalah, saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.

Selepas berdoa, saya nak bangun, tetapi bila tengok balik muka isteri yang keletihan ini, tak sampai hati nak kejutkan. Maka saya biarkanlah dia tidur sekejap.

Tengah duk termenung sambil menenung muka bidadari saya ini, saya terfikir macam mana budak ini boleh jadi baik sangat ya? Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya jawapan pada Solat Jemaah. Dulu kami jarang solat Jemaah. Masing-masing, kalau tak sependapat kira nak bergaduh saja. Saya pun ego juga, kira nak betul kita saja kan.

Tetapi bila sudah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik-baik. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ini memang power!


Ada beberapa konsep yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara asasnya ialah, lelaki ini dia nak dihormati. Manakala wanita pula dia nak disayangi. Apa yang terjadi pada ramai pasangan diorang menjangka akan dapat benda-benda itu dari pasangan mereka dulu.

Maksudnya, kalau awak sayang saya, saya hormat awak. Begitu jugalah pada lelaki.  Awak hormat saya, saya sayang awak. Sebenarnya, kuncinya ialah kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu. Nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatik!

Dan yang menariknya, benda ini ada dalam solat jemaah. Bila solat jemaah, automatik Sense of Hormat pada suami itu akan terbentuk dalam jiwa isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa-apa hajat pun, semua isteri aminkan. Maka dua-dua ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai Kejayaan dan Matlamat kalau sama-sama berdoa ini.

The cycle will continue. Bila suami dihormati, dia automatik akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila dicintai, automatik timbul rasa hormat. Begitulah seterusnya kitaran emosi dalam perkahwinan, asbab solat jemaah.

Jadi, kalau ada pasangan yang asyik-asyik nak bergaduh, asyik-asyik tak sependapat, asyik-asyik suami nak marah, ajak dia solat jemaah. Susahlah kalau dah solat jemaah hari-hari, nak gaduh juga. Tak percaya, cuba dulu selama 40 hari.

Bila kasih sayang ada dalam rumah, rahmat Allah itu turun mencurah-curah. Allah redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah-limpah Allah turunkan, InsyaAllah.


Paling bagus pergi masjid, bawa anak-anak sekali. Tapi kalau sibuk sangat, boleh mulakan di rumah dulu untuk waktu Subuh, Maghrib, Isya. Yelah, waktu lain masing-masing dah sibuk dengan urusan masing-masing kan. Waktu inilah nak berkumpul bersama keluarga.

Seperti kes kami, Alhamdulillah suami isteri tak payah kerja. Jadi kami ada banyak masa untuk diluangkan bersama. InshaAllah itu sajalah perkongsian hari ini. Semoga bermanfaat dan selamat beramal. Apa lagi? Ajak suami solat, jom! 

Sumber: Afnan Rosli


from The Reporter http://ift.tt/2GqMO1B
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger