Presiden Penang Front Party (PFP), Datuk Patrick Ooi menyifatkan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebuah kereta yang sudah lama dan tidak diperlukan lagi.
Katanya, Tun Mahathir bukan sahaja tidak sesuai dipilih semula sebagai perdana menteri, malah dikhuatiri akan memberi impak negatif kepada Pakatan Harapan.
"Sebenarnya ini adalah satu berita baik untuk PFP kerana kita takut Datuk Seri Azmin Ali akan diumumkan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.
"Kita takut sebab mereka ambil satu tenaga baru yang muda. Beliau pernah mentadbir Selangor dengan begitu baik dan banyak pembangunan di Selangor," katanya.
Menurut Patrick, berbanding dengan Tun Mahathir pula adalah seperti sebuah kereta yang sudah lama dan kerap mengalami kerosakan.
"Takkan kita nak balik kereta yang tua nak dekat rosak atau kena buang itu? Selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri, beliau sudah dapat banyak kutukan daripada DAP.
"Beliau dikatakan perasuah yang terbesar, orang jahat, menggunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk memenuhi kehendak sendiri dan menggunakan status Bumiputera untuk kayakan anak-anak serta kroni-kroninya,” katanya.
“Kita rasa ada sesuatu yang tidak betul dan satu kekecohan sedang berlaku apabila DAP juga hanya menerima jumlah kerusi yang sedikit untuk dipertandingkan pada PRU14,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter http://ift.tt/2D3xw49
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment