Jika Tun Mahathir adalah seorang diktator dan maha zalim maka Siapakah Najib ?
1. Soal Penangguhan Pemilihan UMNO
a) PRU 10 (Nov 1999) – Pemilihan ditangguhakan selama setahun dari Jun 1999 ke Mei 2000
b) PRU 11 (Mac 2004) – Pemilihan ditangguhkan selama 18 bulan dari Mei 2003 ke Okt 2004
c) PRU 12 (Mac 2008) – Pemilihan ditangguhkan selama 15 bulan dari Jun 2007 – Ogos 2008
d) PRU 13 (Mei 2013) – Pemilihan ditangguhkan selama 18 bulan dari Nov 2011 – April 2013
e) PRU 14 (Oktober 2016) – Pemilihan ditangguhkan selama 18 bulan dari October 2016 – Mac 2018
Dalam sejarah pemilihan parti UMNO penangguhan demi tujuan pilihan raya semasa Tun Mahathir berkuasa selama 22 tahun hanya sekali sahaja ditangguhkan oleh beliau ( 12 bulan ) berbanding dengan Najib yang telah menangguhkan pemilhan parti sebanyak 2 kali ( 36 bulan ).
Untuk penyokong Najib anda hanya ada 2 pilihan. Pilihan pertama adalah menyokong prinsip penangguhan pemilihan parti bukanlah sesuatu tindakan yang tidak demokratik. Jika ini adalah pilihan anda maka bukankah Tun Mahathir bukanlah diktator dalam isu ini ?
Pilihan kedua adalah menentang prinsip ini maka kesimpulan pilihan kedua adalah Najib sebenarnya 3 kali ganda lebih teruk berbanding Tun Mahathir yang dalam 22 tahun yang menangguh selama 12 bulan berbanding Najib yang hanya dalam 9 tahun sudah menangguh sebanyak 36 bulan. Hujah meluluskan pindaan, Fasal 10.17 pada perhimpunan UMNO 1998 diluluskan Tun Mahathir oleh penyokong Najib tidak lagi sah jika anda sendiri berpegang kepada pilihan kedua.
2. Jawatan Pertandingan Presiden UMNO
Diktator mana dalam sejarah dunia yang pernah dicabar dalam sebarang pemilihan yang akan menggugat kuasa dan jawatannya ? Tun Mahathir pernah berhadapan dengan pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987 berbanding Najib yang tidak pernah dicabar. Dalam sejarah parti UMNO hanya 2 kali sahaja Presiden UMNO pernah dicabar dan 1 daripada 2 kali tersebut wujud dalam zaman pemerintahan ‘diktator’ Tun Mahathir. Bahkan pada zaman pemerintahan Najib bukan sahaja Presiden tidak boleh dicabar tetapi timbalan Presiden juga sekali tidak boleh dicabar. Perkara ini berlaku sebanyak 2 kali apabila Najib berganding dengan Tan Sri Muhiyidin dan kini Najib dengan Ahmad Zahidi apabila Akta 5 Perlembagaan parti UMNO dipinda UNTUK MEMBERI KEKEBALAN KEPADA 2 ( bukan satu tetapi dua ) JAWATAN TERTINGGI UMNO.
3. UNDI Kuota Mahathir VS Pemilihan Transformasi Najib
“Masa saya jadi Presiden UMNO, saya mansuhkan (undi kuota dan undi bonus) malah nasib saya, saya serahkan kepada lebih 165,000 ahli UMNO seluruh negara serentak yang mana lebih 165,000 ahli UMNO ini tidak boleh dibeli sesuka hati. – Najib
A. Apakah makna membuka pengundian kepada ahli UMNO apabila 2 jawatan UMNO tidak sesekali boleh dicabar ?
B. Apakah makna keterbukaan ini apabila ahli UMNO kini sudah mencecah 3.4 juta ahli ? 165 000 pengundian tidak sampai 5% keseluruhan jumlah ahli UMNO yang sebenar.
C. Tiada “one vote, one value” di mana setiap ahli yang berdaftar dalam cabang masing-masing layak mengundi terus calon pilihan mereka
D. Jika dahalu UNDI 3000 perwakilan diambil kira berbanding kini ditentukan oleh hanya sekitar 200 bahagian UMNO ? Nama sahaja 165 000 tetapi akhirnya angka 200 juga tidak dapat menandingi yang dahulunya 3000.
Berikut keputusan rasmi jumlah undi yang diterima enam calon Naib Presiden Umno yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Menara Dato’ Onn, PWTC di sini, Ahad.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi : 188 undi (94,562 undi perwakilan)
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal : 177 undi (82,252 undi perwakilan)
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein: 101 undi (56,604 undi perwakilan)
Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir : 93 undi (57,189 undi perwakilan)
Datuk Seri Mohd Ali Rustam : 7 undi (15,294 undi perwakilan)
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad : 7 undi (12,783 undi perwakilan)
Yang dapat undi sebanyak 57 189 daripada undi perwakilan akhirnya tewas kepada individu yang hanya mendapat undi 56 604 untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Oleh itu , adakah undi perwakilan ini benar – benar dihormati atau sebenarnya undi ratusan bahagian yang sebenarnya lebih penting ? Sistem Undi perwakilan ribuan Tun Mahathir atau Sistem ratusan transformasi pemilihan Najib sebenarnya lebih demokratik ? Jika dahulu sekurang – kurangnya 3000 perwakilan mampu membuat keputusan berbanding hari ini hanya ratusan bahagian yang sebenarnya berkuasa.
Penghapusan kuota pencalonan di peringkat tertinggi dan ahli perwakilan dibenarkan memilih calon di peringkat Pusat melalui sistem “electoral college” sepertimana pemilihan Presiden Amerika Syarikat. Tetapi pada masa yang sama terdapat susulan – susulan usul dan pindaan untuk memberi kekebalan kepada 2 jawatan tertinggi UMNO supaya tidak boleh dicabar. First anda ‘buka’ dan kata anda demokratik dan selepas itu pula anda tutup secara tersirat. Ibaratkan baling batu tangan sembunyi.
4. Isu Pemecatan Timbalan Perdana Menteri
Dalam sejarah Tun Mahathir hanya pernah memecat seorang Timbalan Perdana Menteri. Pada masa yang sama , Najib juga pernah memecat seorang Timbalan Perdana Menteri. Bezanya adalah pemecatan Anwar Ibrahim ketika itu adalah lebih kepada isu perbezaan pendapat mengenai ekonomi dan kepentingan negara dalam menghadapi krisis kegawatan ekonomi negara. Berbanding pula dengan isu pemecatan Tan Sri Muhiyidin Yasin hanya disebabkan kritikan beliau terhadap isu skandal dan penyelewengan negara yang berkaitan dengan 1MDB. Satu lagi perbezaan adalah Mahathir sendiri memecat seorang junior yang diangkat oleh beliau berbanding dengan Najib yang mejatuhkan seorang senior dan veteran yang memberi laluan kepadanya untuk berkuasa. Jika kedua – duanya juga bersalah dan diktator maka siapakah yang lebih bersalah dalam isu ini?
5. Kementerian Kewangan Paling Lama Malaysia
Diktator pada zaman perang akan memegang jawatan dan kementerian yang berkaitan dengan ketenteraan dan diktator pada zaman ekonomi adalah mereka yang memegang jawatan berkaitan dengan kewangan. Zaman dahulu kuasa ketenteraan akan menjadi sumber kekuatan seseorang diktator dan zaman kini pula kuasa kewangan akan memberi kekuatan sedemikian.
Dalam sejarah Tun Mahathir pernah memegang jawatan Kementerian Kewangan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1998 – 1999 dan 2001 – 2003 iaitu hanya 3 tahun dan pada ketika itu adalah demi memikul tanggungjawab memimpin negara berhadapan dengan krisis kewangan dunia. Najib pula telah menjadi Menteri Kewangan sebanyak 10 tahun sejak tahun 2008 sehingga kini. Beliau juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia yang paling lama berbanding dengan 10 orang Menteri Kewangan dalam sejarah Malaysia. Adakah disebabkan ini wujudnya pepatah ‘CASH IS KING’ ?
6. Beza Musuh Politik Mahathir Dengan Najib
Permusuhan Tun Mahathir berbeza pendapat dalam soal polisi dan kepentingan negara dengan Tun Musa Hitam dan Anwar Ibrahim. Permusuhan Tun Mahathir dengan Tengku Razalegih adalah disebabkan oleh cabaran daripadanya. Tan Sri Muhiyiddin Yassin , Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir dipecat disebabkan oleh perbezaan pendapat dan pendirian mereka mengenai 1MDB yang melibatkan kepentingan peribadi Najib sendiri. Dalam isu Anwar Ibrahim juga Tun Mahathir juga pernah memberi peluang kepada Anwar Ibrahim supaya meletak jawatan berbanding dengan kezaliman pemecatan Tan Sri Muhiyidin Yassin yang langsung tidak diberi sebarang peluang dan rundingan.
Selepas mengalami kekalahan ‘bermaruah’ pada pertandingan sengit di Perhimpunan Agung UMNO 1987, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Musa Hitam telah pun ditawarkan jawatan Menteri Tanpa Folio namun diatas sebab-sebab tertentu mereka telah menolak jawatan tersebut. Berbanding pula Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang bukan sahaja dipecat daripada jawantan Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri tetapi juga tetapi juga dilucutkan daripada kabinet.
Tidak pernah dalam sejarah pemerintahan Tun Mahathir Naib Presiden yang menentangnya dilucut mahupun digantung jawatan mereka berbanding dengan Shafie Apdal yang digantung oleh Najib Razak. Pak Lah yang merupakan seorang tokoh Team B masih kekal sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1987 dan 1990 walaupun tidak sependapat dengan Tun Mahathir.
Diktator Tun Mahathir jika diktator sampai tahap Timbalan tetapi Najib sampai ke tahap Naib Presiden juga dibahamnya. Sampai ke tahap transformasi pilihan raya UMNO yang akan ada TEAM NAIB PRESIDEN NAJIB !
Yang diusik Tun Mahathir hanyalah Timbalan Presiden berbanding dengan Najib bukan sahaja Naib Presiden diusik tetapi sampai ke tahap ahli UMNO yang tidak menyokongnya.
Dalam kes pemecatan Ketua Wanita Gopeng, Datuk Hamidah, walaupun UMNO mempunyai Lembaga Disiplin yang berkecuali, beliau tidak pun dipecat melalui prosedur yang ditetapkan. Malah, beliau pecat secara terus oleh Majlis Tertinggi. Lebih mengejutkan, alasan pemecatan beliau adalah tidak munasabah kerana menghadiri majlis Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu adalah ahli UMNO.
7. Penahanan Dan Ancaman Terhadap Bekas Musuh Politik Dalaman
Adakah mereka yang menentang Tun Mahathir seperti Pak Lah , Shahrir Abdul Samad , Tun Musa Hitam , Tengku Razaleigh , Shabery Cheek dan banyak lagi menghadapi ancaman seperti mana dihadapi oleh musuh – musuh politik Najib kini?
Shafie Apdal termasuk keluarga beliau terus diancam dengan serangan dan penahanan oleh SPRM. Siasatan terhadap kes yang sebenarnya berlaku pada tahun 2009 dan isu ini hanya cuba dibangkitkan setelah Shafie Apdal tidak lagi sependapat dengan Najib Razak.
8. Isu Penjara Anwar Ibrahim
Penyokong Najib suka sangat untuk mencetuskan isu permusuhan antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim. Keadaan ini memberi gambaran seolah – olah nasib yang menimpa Anwar Ibrahim hanya disebabkan oleh Tun Mahathir dimana persengketaan mereka menyebabkan beliau dipenjarakan pada tahun 1999 -2004.
Jangan lupa pada zaman 2008 iaitu pada zaman siapa Anwar Ibrahim dilibatkan dengan kes liwat sekali lagi dan dimasukkan ke dalam penjara sehingga ke hari ini ? Adakah sejak 2008 Anwar didakwa dan dipenjarakan disebabkan oleh Tun Mahathir yang sudah bersara sejak tahun 2003? Apakah Tun Mahathir seorang sahaja yang perlu memohon maaf kepada Anwar dan seolah – olah ahli politik yang bertanggungjawab pasca 2008 langsung tidak berdosa dan tidak bersalah ?
9. Parti Penubuhan Musuh
Jika Anwar Ibrahim dan Tengku Razelegh dahulu berpecah dengan Tun Mahathir dengan pasca pepecahan tersebut mereka masih dibenarkan untuk mendaftarkan parti politik mereka untuk mencabar Tun Mahathir secara terbuka dan secara demokratik maka mengapakah pada hari ini pemerintahan Najib tidak mahu untuk memberi laluan kepada pendaftaran Pakatan Harapan ? Dahulu sebelum Tun M mengetuai Pakatan Harapan maka terdapat serangan dan sindiran oleh penyokong Najib terhadap Pakatan Rakyat bahawa mereka merupakan satu pertubuhan tidak berdaftar tetapi pada hari ini apabila mereka sudah bersedia untuk berdaftar maka mengapa tidak mahu luluskan ?
10. Tun Mahathir Tidak Pernah Libatkan Isteri Dan Keluarga Musuh Politik
Adik Shafie ditahan oleh SPRM. Pada hari ini isteri Tun Mahathir disoal siasat oleh polis hanya kerana memberikan ucapan ringkas dari atas sebuah trak pikap kepada ketika lebih 1,000 wanita yang berpakaian serba ungu yang berarak dari Maju Junction ke Kompleks Pertama. Mengapa permusuhan politik sampai perlu tahap sentuh isteri dan keluarga ? Adakah Wan Azizah atau mana – mana politik musuh Tun Mahathir perlu diusik oleh pihak polis , SPRM , badan kerajaan atau sesiapa ?
11. Krisis Tun Saleh Abbas Berbanding KRISIS YANG TIADA BATASAN
Jika dahulu Tun Mahathir terhimpit dengan krisis perundangan negara. Kini badan AG ( Abdul Gani Patail ) , BANK NEGARA ( Zeti Akhtar Aziz ) , PDRM ( Khalid Abu Bakar ) , SPRM ( Abu Kassim Mohamad ) kesemuanya telah dicantas dan ditukar.
12. Mahathir Kejam Menahan Musuh Politik – ISA
Tidak pernah dalam sejarah Mahathir rakyat biasa yang tidak sependapatnya dengannya akan ditahan. Seorang rakyat Malaysia yang berusia 76 tahun menyindir Najib dalam Whatsapp ditahan oleh pihak polis. Pelukis Fahmi Reza juga ditangkap hanya kerana melukis gambar badut Najib Razak. Wan Ahmad Najmuddin ditangkap hanya kerana menghantar gambar berkaitan Najib di WHATSAPP. 3 orang pemuda iaitu Nor Sabariah Abdul Kadir , Ng Thai Quen dan Mazlan Yusoff didakwa hanya kerana memberikan komen menghina Najib di laman sosial Facebook Otai Bersih. Mohamad Arif Fadila didakwa dan didenda hanya kerana komen jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan aplikasi Twitter. Syarul Ema Rena Abu Samah didakwa kerana memuat-naik status di Facebook berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Cucu Yang di-Pertua Negeri Sarawak Taib Mahmud didakwa hanya kerana posting di laman Facebook berkaitan lawatan Najib ke White House. Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chiang ditangkap dibawah akta SOSMA.
Jika dalam politik ada sahaja cara yang digunakan tetapi jangan sesekali bertindak kejam terhadap mereka yang bukan ahli politik dan rakyat jelata biasa. Tun Mahathir yang terkenal dengan Machiavellian juga tidak sampai ke tahap sebegitu.
13. Kebebasan Media
The Star, Sin Chew Daily and Watan pernah dimansuhkan seketika oleh Tun Mahathir pada tahun 1987. Pada zaman Najib pejabat Malaysiakini dan The Star diserbu pada tahun 2015. Najib juga pernah memansuhkan The Edge dan The Malaysian Insider.
Najib juga merupakan Perdana Menteri yang pertama dalam sejarah sebagai seorang Perdana Menteri untuk mendakwa sebuah organisasi media iaitu Malaysiakini pada tahun 2014. Pada tahun 2015 , surat khabar Harakkah dan Media Rakyat pula didakwa oleh beliau. Ahli – ahli politik seperti Tony Pua , Rafizi Ramli dan Nga Kor Ming juga didakwa oleh beliau.
Seorang ditaktor seperti Mahathir tidak pernah sesekali menggunakan perundangan untuk medakwa mana – mana media , pernerbitan mahapun ahli – ahli politik dan rakyat biasa yang tidak sependapat dengan beliau.
14. Ahli Politik Pembangkang Dilarang Masuk Sarawak Teramai Dalam Sejarah Malaysia
Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden PKR pada Disember 2015 dilarang memasuki Sarawak, manakala Ketua Wanita PKR, Zuraida dihalang pada 30 Januari 2016.
Antara ahli politik yang dilarang memasuki Sarawak ialah Ahli Parlimen PKR Tian Chua, Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.
Aktivis organisasi bukan kerajaan pula ilah bekas pengerusi Bersih 2.0 S. Ambiga, Steven Ng, Cynthia Gabriel, Wong Chin Huat dan Johan Tan.
Adakah larangan sedemikian wujud pada zaman pemerintahan Tun Mahathir ?
Tun Mahathir vs Najib – Siapa Lebih Diktator ?
Diktator mana di dunia ini yang akan memohon maaf ? – Diktator sebenar tidak akan sesekali memohon maaf
Ditaktor mana di dunia ini yang hanya akan mengusik musuh politiknya tetapi tidak sesekali menyentuh keluarga dan rakyat jelata yang menentang mereka ? – Diktator ini adalah ditaktor paling kejam dalam sejarah dimana ahli keluarga dan rakyat biasa juga akan diancam !
Diktator mana di dunia yang akan meluluskan pendaftaran parti politik musuhnya ? – Diktator sebegini hanya akan meluluskan Pakatan Harapan sekirannya PPBM tidak termasuk dalam Pakatan Harapan ?
Diktator mana di dunia di mana bekas – bekas musuhnya sanggup memaafkannya dan berkerjasama dengannya ?
Ditaktor mana di dunia yang jawatan Presiden mereka akan dicabar dalam pemilihan parti sehingga menang 43 undi sahaja ? – Diktator sebegini akan menang tanpa bertanding bersama timbalannya termasuk naib presiden u juga perlu orang yang menyokongnya.
Diktator mana yang sanggup memaafkan bekas musuhnya sehingga melantiknya menjadi Perdana Menteri Kelima Malaysia ?
Diktator mungkin sekat kebebasan media tetapi tidaklah sampai tahap komentar di Facebook , Twitter dan Whatsapp juga akan disekat , ditahan , didakwa dan dipenjara ?
Jika Tun Mahathir adalah diktator dan maha kejam serta firaun maka SIAPAKAH PULA NAJIB RAZAK ?
Menjawab Persoalan Penyokong Najib – Siapa Gelar Mahathir Diktator ?
Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Salleh Said Keruak questioned Tun Dr Mahathir Mohamad on who were those labeling him a dictator. Menteri ini seharusnya bertanyakan soalan ini kepada Bosnya iaitu pada 13 Ogos 2017 yang sendiri membuat perbandingan Siapakah yang membuat perbandingan “Who is more dictator in the party?
Namun persoalan yang penting hendak ditanyakan adalah ADAKAH SESEORANG DITAKTOR ITU BOLEH DIKAWAL ? Peliknya penyokong Najib menyerang Tun Mahathir adalah seorang Diktator dan pada masa yang sama penyokong Najib juga mengatakan bahawa DAP sedang mengawal dan mempergunakan Tun Mahathir ? Apakah dalam dunia ini Diktator itu boleh menjadi seorang boneka ? Oleh itu , dakwaan penyokong Najib mana yang sebetul – betulnya betul ?
Jika Tun Mahathir ialah seorang Diktator maka Mahathir bukan boneka dan alat DAP. Jika Mahathir adalah boneka DAP maka Mahathir bukanlah seorang diktator . Namun sekirannya terdapat percanggahan dalam isu ini maka keadaan ini hanya menandakan Mahathir bukanlah kedua – duanya sekali apabila penyokong Najib sendiri tidak jelas akan siapakah Tun Mahathir yang sebenar.
The post Tun Mahathir vs Najib – Siapa Lebih Diktator ? appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2rKqpJw
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment