Seorang wanita mati dipukul suaminya yang terlalu cemburu di sebuah rumah di Matang Road, Matang, Taiping, semalam, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, mangsa, Noor Waheedah Abd Wahid, 38, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat trauma tumpul di kepala pada jam 9.30 malam, semalam.
Mohamad Taib berkata, pihaknya menerima laporan daripada suspek berusia 40 tahun pada jam 9.15 pagi yang memaklumkan mangsa dalam keadaan cedera dan tidak sedarkan diri selepas dipukul ketika berlaku pergaduhan yang dipercayai berlaku pada malam Khamis lalu.
"Susulan keadaan isteri suspek yang tidak sedarkan diri, mangsa dibawa ke Hospital Taiping dengan ambulans sebelum dirujuk ke HRPB untuk pemeriksaan lanjut pada hari yang sama.
"Siasatan awal mendapati, punca kejadian dipercayai akibat daripada suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan rapat dengan lelaki lain.
"Pemeriksaan di HRPB mendapati mangsa disyaki mempunyai pendarahan dalam otak sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada 9.30 malam semalam.
"Susulan kejadian itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan direman selama tiga hari bermula semalam hingga esok untuk siasatan lanjut.
"Bagaimanapun, tempoh sambung reman suspek dijangka akan dipohon esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://ift.tt/2DgFkzx
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment