Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, semalam, lapor mStar Online.
Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu dan memerintah Farid, 27, direman selama empat hari sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Farid yang hadir ke mahkamah kira-kira jam 10 pagi tadi, menaiki kenderaan polis kelihatan tidak begitu terurus dengan pakaian lokap berwarna ungu.
Turut hadir di mahkamah adalah adik yang juga pengurusnya, Fadzil Zahari.
Difahamkan, isterinya, Diana Danielle tidak dapat hadir kerana sedang menjalani penggambaran.
Sumber: mStar Online, Harian Metro
BERITA BERKAITAN:
- Pelakon bergelar 'Datuk' tampar anggota polis trafik, ditahan
- 'Beri kami ruang untuk selesaikan perkara ini dulu' - Datin Diana Danielle
- Positif dadah jenis ganja
- 'Dia mulai berkelakuan aneh dan tiba-tiba lempang saya'
- 'Berhenti kecam Farid Kamil, tunggu dia keluar dan beri keterangan' - Sofi Jikan
from The Reporter http://ift.tt/2Fssah0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment