"Saya wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin," demikian kata Nur Fazura Sharifuddin, 34, yang menyifatkan alam perkahwinan memberi erti kebahagian sebenar buat dirinya.
Meskipun agak kekok kerana masih di peringkat menyesuaikan diri dengan situasi itu, Fazuran seronok kerana itu pengalaman baharu baginya.
"Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak.
"Memang agak kekok pada mulanya, tetapi selepas mula membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas termasuk memotong kukunya, baru saya dapatkan sesuaikan keadaan itu sepenuhnya," katanya.
Menurut Fazura, semenjak mereka bernikah, amat jarang sekali mereka berpisah lama walaupun atas dasar kerja.
"Macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu," selorohnya.
Bagaimanapun pasangan itu belum bersedia untuk menimang cahaya mata kerana perlu fokus dengan komitmen kerja masing-masing.
"Kalau ditanya mengenai anak, kalau boleh kami nak tangguh dulu kerana masing-masing memang sibuk sehingga tahun depan. Lagipun, biarlah kami habiskan masa bersama dulu.
"Begitupun, kalau ditakdirkan Tuhan nak bagi awal, kami takkan tolak rezeki yang diberikan," katanya.
Difahamkan, Fattah dan Fazura bakal berbulan madu di United Kingdom dan beberapa negara lain.
Sumber: Berita Harian
from The Reporter http://ift.tt/2jM7w1t
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment