Home » , » Bayi 2 tahun dipatuk ular tedung senduk

Bayi 2 tahun dipatuk ular tedung senduk

shamsulazlan | 17:27 | 0 comments

Viral di media sosial, seorang bayi berusia dua tahun berada dalam keadaan kritikal selepas dipatuk seekor ular tedung senduk. 

Dalam kejadian pagi selama di Persiaran Putra 9, Bandar Baru Putra Ipoh, Perak, mangsa dipatuk di ibu jari kaki kiri.

Menurut sumber, sebaik saja kejadian itu berlaku mangsa terus dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu pada jam 7.30 pagi dan telah mengarahkan sepasukan anggota APM ke tempat kejadian untuk menangkap ular tersebut, sebelum dibawa ke hospital bagi pengesahan jenis ubat. 

"Keadaan mangsa setibanya di hospital agak lemah dan matanya kuyu, menandakan saraf mangsa sudah terkena kesan bisa haiwan berkenaan. 



"Pihak hospital telah memberi 10 vial antivenom (vaksin rawatan) pada mangsa dan buat masa ini keadaan mangsa masih dipantau oleh pihak hospital.

"Pihak hospital telah memasukkan tiub ke dalam mulut mangsa untuk membantu pernafasan," kata sumber. 


from The Reporter http://ift.tt/2ALPiYt
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger