Home » , » Tok Siak & pesara cabul kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, ditahan polis

Tok Siak & pesara cabul kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, ditahan polis

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments


Dua lelaki termasuk warga emas ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes cabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. 


Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.53 petang Jumaat lalu dan salah seorang daripada suspek ditahan adalah Siak.


Menurut laporan yang diterima, mangsa mendakwa dia telah dicabul dua lelaki berusia 56 dan 74 tahun yang merupakan siak dan pesara swasta. Suspek turut menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.


Kejadian itu dilaporkan berlaku di tandas surau dan rumah suspek di Bukit Sentosa dan kedua-dua suspek ditahan di dua lokasi berasingan. 


Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan keputusan ujian saringan air kencing juga adalah negatif. 


Suspek direman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15 (a)(i) akta sama. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/1AUOyTY
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger