Foto Harian Metro |
Anggota polis pangkat Lans Koperal yang menembak mati isterinya dalam kejadian di kediaman mereka di Simpang Empat, telah direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.
Suspek berusia 27 tahun itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis, disyaki membunuh isterinya, Safsufarnisya Salleh, 26, dengan lebih lima das tembakan menggunakan pistol jenis Walter P99 dari jarak dekat dan mengenai bahagian muka, mata kiri mangsa.
Polis masih menyiasat motif sebenar suspek bertindakan demikian sama ada dipengaruh dadah, kemurungan atau permasalahan yang membabitkan kesihatan mental.
Sementara itu ibu mangsa, Che Mas Taha, 63, memaklumkan anak bongsunya daripada empat beradik itu hamil anak pertama selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan suspek.
"Memang anak saya hamil lima bulan ketika dia meninggal semalam. Malah, kami tidak sangka perkara ini boleh berlaku kerana menantu ini memangg baik orangnya sehingga kami sudah anggap dia sebagai anak sendiri.
"Kehilangan Safsufarnisya ini adalah sesuatu yang sukar untuk saya terima terutama dalam keadaan apa yang terjadi tempoh hari," katanya memetik laporan daripada Harian Metro, Isnin, 6 Mac 2023.
Menurut Che Mas, menantunya seorang yang ringan tulang dan gemar membantu keluar. Suspek juga pernah membeli pelbagai barang keperluan termasuk makanan untuk keluarga.
"Dia tidak pernah berkira dan kalau dia pulang ke rumah ini, dia pasti akan membawa pulang makanan termasuklah lauk-pauk.
"Paling mengharukan adalah menantu makcik in isering membawa kami termasuk Allahyarham keluar bersiar-siar sekiranya ada kelapangannya," ujarnya.
Namun Che Mas berkata, menantunya itu dipercayai mempunyai masalah kemurungan sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana pernah menunjukkan perilaku yang tidak menentu.
Suspek katanya pernah memandu seorang diri tanpa hala tuju sehingga petrol kenderaannya habis, lalu berhenti di tepi lebuh raya untuk bersolat sebelum menangis teresak-esak.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/1hr2QE3
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment