Gara-gara menggunakan perkataan 'lahabau' dalam gambar profile tanpa memahami maksud perkataan itu, bekas timbalan menteri pendidikan yang juga Ahli Parlimen Kulai dikritik oleh netizen di media sosial.
Walaupun sempat memadamkan gambar yang mengandungi perkataan tersebut, tetapi netizen sempat membuat screenshot dan menyebarkan di media sosial masing-masing sehingga menimbulkan persoalan netizen akan tahap penguasaan bahasanya.
Menyedari kesilapan itu, Teo akhirnya tampil memberi penjelasan dan permohonan maaf secara terbuka melalui Facebook.
"Berikutan larangan ketat berkempen, hampir semua kempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terpaksa dilaksanakan melalui media sosial. Dalam keghairahan kempen media sosial ini, ramai petugas Pakatan Harapan khususnya DAP hampir tak cukup tidur dalam usaha menyediakan bahan-bahan kempen.
"Namun, manusia tidak pernah terlepas daripada kesilapan termasuk diri saya sendiri. Akibatnya, terserlah kesilapan bahasa yang memalukan melalui media sosial. Saya cuma ingin berkempen melalui 'frame' percuma yang boleh didapati di dalam Facebook tanpa memahami maksud sebenar perkataan tersebut.
"Dengan ini, saya dengan penuh rendah hati memohon maaf atas kekhilafan memuat naik bahan kempen yang salah. Saya berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini dalam memuat naik bahan-bahan kempen media sosial untuk PRN Melaka. Saya dengan ini menyusun sepuluh jari memohon maaf buat semua terutamanya rakyat dan pengundi di Melaka," katanya.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan 'lahabau' bermaksud makian seperti tidak berguna, tidak boleh diharap. Bagi kebanyakan penduduk Melaka, perkataan itu tidak dianggap sebagai bahasa kasar.
Sumber: Facebook Teo Nie Ching
from The Reporter https://ift.tt/3qhnCUL
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment