Home » , » Pakej cuti untuk penjawat awam diperkenalkan untuk tingkatkan pelancongan domestik

Pakej cuti untuk penjawat awam diperkenalkan untuk tingkatkan pelancongan domestik

shamsulazlan | 01:22 | 0 comments


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia, hari ini melancarkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan melibatkan produk-produk pelancongan di seluruh negara, dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik.


Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya menyasarkan pelancaran pakej kali ini dapat menarik seramai mungkin penjawat awam dan pesara kerajaan untuk melancong di dalam negara, termasuk 1.2 juta ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan 700,000 pesara kerajaan.


“Inisiatif Pakej Cuti Penjawat dan Pesara Kerajaan ini, diharap dapat menyemarakkan kembali pelancongan domestik, sekali gus membantu pemulihan industri pelancongan negara yang terkesan ekoran pandemik COVID-19.


“Sehingga kini sebanyak 457 pakej telah dibangunkan, melibatkan produk-produk pelancongan dari seluruh Malaysia dengan tawaran harga pakej serendah RM120 seorang. Tempoh sah pakej adalah sehingga 30 Jun tahun depan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan, di sini hari ini.


Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman.


Mengulas lanjut, Nancy berkata selain pakej penginapan, para penjawat awam dan pesara kerajaan juga dapat menikmati tawaran diskaun bagi harga tiket sehingga 30 peratus.


“Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah Putrajaya, I-City Shah Alam, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Taman Negara Endau Rompin, Taman Negara Mulu, Royal Belum, Kilim Geoforest Park, Danum Valley, Wakaf Che Yeh, Taman Tamadun Islam dan banyak lagi,” katanya.


Beliau berkata maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan melayari laman web Tourism Malaysia di https://ift.tt/3Bqppss.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3bwiHqa
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger