Home » , » Lidah kanak-kanak melecur teruk selepas hisap lolipop super masam

Lidah kanak-kanak melecur teruk selepas hisap lolipop super masam

shamsulazlan | 19:23 | 0 comments



Seorang ibu tidak menyangka lidah anaknya melepuh teruk selepas menghisap gula-gula lolipop masam, berkongsi gambar anaknya mengalami kecederaan di bahagian lidah sebagai peringatan kepada golongan ibu bapa, di media sosial. 


Bekas paramedik dan pakar keselamatan yang mengendali laman media sosial mengenai kepakarannya terdahulu menerima mesej dari wanita berkenaan berhubung kejadian yang menimpa anak perempuannya. 


Dalam gambar tersebut, mangsa menangis menahan kesakitan selepas menghisap gula-gula lolipop yang diambil dari abangnya sebelum itu. Selepas menghisap gula-gula masam itu, lidah mangsa secara tiba-tiba melecur teruk dan meninggalkan lepuh di lidahnya. 




"Saya hanya mahu berkongsi mengenai apa yang berlaku kepada anak saya agar menjadi peringatan kepada ibu bapa lain. Semalam anak perempuan saya hisap lolipop abangnya yang sangat masam dan berasid. 


"Tidak lama kemudian dia datang kepada saya sambil menjerit lidahnya sakit. Lolipop itu telah menyebabkan lidahnya melecur. 


"Kami bercakap dengan doktor dan mendapatkan nasihat tentang apa yang perlu dilakukan. Syukur anak saya baik-baik saja, tetapi saya sangat risau melihat kesan dari lolipop itu. Ia sangat menakutkan," katanya. 


Sumber: Daily Star




from The Reporter https://ift.tt/30akbnU
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger