Susulan viral luahan pengadu mengenai harga tidak munasabah bagi seekor ikan siakap RM1,196.80, wakil dari restoran berkenaan tampil memberi penjelasan.
Syikin Musa berkata, dia sendiri pada hari kejadian sudah menjelaskan kepada pengadu mengenai saiz ikan tersebut dan menasihatkannya untuk memilih ikan lain untuk dimakan. Namun, nasihat itu tidak diendahkan.
"Saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dengan saiz ikan yang besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkar ikan kami. Selalunya kami tidak menjual ikan ini dan saya juga telah menyarankan supaya beliau dan ahli keluarga supaya mengambil ikan yang lain di dalam petak yang untuk order makan (ikan merah dan kerapu).
"Saiz ikan di dalam lebih kecil lebih kurang 1.00 kg - 1.5 kg sahaja. Tetapi pihak customer masih lagi mahu mengambil ikan siakap show walaupun telah diberitahu ikan tersebut bersaiz mega.
"Apabila pihak kami telah menangkap ikan siakap menggunakan tali pancing, kami memanggil beliau untuk melihat saiz ikan semasa beliau di meja makan. Tetapi beliau menolak, dan beritahu kami proceed dengan ordernya.
"Berkenaan dengan anggaran saiz yang ditunjukkan oleh pihak kami yang dikatakan memanipulasi saiz ikan, pihak kami telah menganggarkan saiz ikan tersebut dan menunjukkan anggaran saiz ikan memang besar. Disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja. Tetapi beliau masih lagi proceed untuk order.
"Ada yang mempersoalkan harga telur dadar yang mahal sebenarnya, satu pinggan ada 3-4 biji telur. Telur itu bersaiz besar dan saya rasa harga itu normal disebabkan perniagaan kami di floating restoran mengambil kira kos yang perlu dikeluarkan.
"Point kedua berkenaan dengan caj kad kredit 5 peratus, pihak kami tidak mengenakan caj apa-apa pun di dalam pembayaran beliau. Bil yang ditunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah RM1,759.50 dan bil kedua berjumlah RM93.00 total. Jumlah keseluruhan untuk dua bil tersebut, RM1,852.50.
"Berkenaan orang belakang yang juga dikatakan pasrah dengan bil juga, mereka memesan hidangan lobster 950g (hampir 1 kilogram), ketam, ikan kerapu harimau.
"Dan berkenaan dengan harga yang dikatakan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yang dijual di restoran adalah live seafood. Ikan di darat dijual mungkin RM9/gram tetapi kami menjual RM16/gram disebabkan ikan hidup.
"Ramai dalam komen tag pejabat Zakat, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagai. Jangan risau semua, kami adalah pembayar zakat dan cukai sebagai warganegara Malaysia," jelasnya.
Sumber: Syikin Musa
Apa pandangan anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen Facebook dan Instagram.
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/3oeWBib
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment