Home » , » 9 - 10 Februari bicara kes dadah Zarina Anjoulie - Mahkamah Seremban

9 - 10 Februari bicara kes dadah Zarina Anjoulie - Mahkamah Seremban

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments


Mahkamah Majistret Seremban menentapkan 9 dan 10 Februari 2022 untuk memulakan perbicaraan kes dadah yang membabitkan pelakon, Zarina Anjoulie. 


Majistret Mohd Firdaus Salleh menetapkan tarikh tersebut selepas peguam yang mewakili pelakon itu, Ahmad Faiz Munawar memohon perbicaraan dimulakan pada tahun depan. 


Zarina atau nama penuhnya, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 34, yang lengkap berpakaian jubah tiba di Kompleks Mahkamah Seremban pada jam 8.40 pagi tadi bersama dengan peguamnya. 


Pada prosiding itu, pihak pembelaan memaklumkan bahawa mereka belum menghantar repsentasi kepada Jabatan Peguam Negara. Tetapi tiada masalah untuk memulakan perbicaraan. 


13 September lalu, Zarina didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine selepas ujian saringan air kencingnya menunjukkan keputusan positif dada pada Jun lalu. 


Kes itu dibiaara mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda RM5,000 atau hukuman maksimum penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3F2gz6k
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger