Home » , » Lelaki maut diserang ikan piranha selepas terjun ke tasik untuk melarikan diri dari sekumpulan lebah

Lelaki maut diserang ikan piranha selepas terjun ke tasik untuk melarikan diri dari sekumpulan lebah

shamsulazlan | 07:22 | 0 comments


Seorang lelaki maut diserang oleh ikan piranha selepas terjun ke dalam tasik untuk melarikan diri dari disengat sekumpulan lebah. 


Lelaki berusia 30 tahun berkenaan sebelum itu, sedang memancing bersama dua rakannya di tepi pantai sebuah tasik di Brazil apabila mereka menjadi sasaran serangga berbahaya itu. Ketiga-tiga mereka bertindak terjun ke dalam air yang dipenuhi ikan piranha, namun salah seorang daripada mereka tidak dapat keluar dan lemas. 


Insiden itu dilaporkan berlaku pada Sabtu di kawasan luar bandar Brasilandia de Minas, kira-kira 600 batu dari Rio de Janeiro. 


Sehari selepas dilaporkan hilang, mayat mangsa ditemui oleh pakar penyelam dalam keadaan wajah, telinga dan sebahagian badannya mengalami luka dipercayai kesan dari serangan ikan piranha. 


Mayat mangsa dibenarkan dikebumikan oleh keluarganya selepas penyiasat memutuskan kejadian itu berlaku tanpa sebarang unsur jenayah. 


Bagaimanapun tidak jelas sama ada mangsa maut akibat lemas sebelum diserang ikan piranha atau ikan tersebut menjadi punca kematian yang menghalang mangsa dari berenang ke tempat selamat seperti dua rakannya.


Data pihak berkuasa tempat menunjukkan, kirakira 30 spesis piranha mendiami tasik dan sungai di Amerika Selatan. Ikan piranha dikatakan mempunyai kekuatan untuk menggigit kerana otot rahangnya yang besar. Sebanyak 200 kes serangan piranha dilaporkan sejak pertengahan tahun 2007 di sebuah tasik buatan berhampiran bandar Palmas di tengah Brazil.


Sumber: Mirror



from The Reporter https://ift.tt/2ZZe06m
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger