Home » , » Suami rogol adik ipar berusia 10 tahun, ketika isteri sedang bertarung nyawa melahirkan anak

Suami rogol adik ipar berusia 10 tahun, ketika isteri sedang bertarung nyawa melahirkan anak

shamsulazlan | 23:22 | 0 comments


Seorang lelaki yang dikenali sebagai Man, berusia 40 tahun ditahan kerana disyaki merogol adik iparnya yang masih di bawah umur, ketika isterinya sedang bertarung nyawa melahirkan anak mereka. 


Menurut jurucakap polis Banda Aceh (Indonesia), M Ryan Citra Yudha berkata, serangan seksual itu berlaku ketika isteri suspek sedang melahirkan anak. Mangsa kepada suspek pula adalah kanak-kanak berusia 10 tahun. 


Sebelum kejadian, mangsa diminta oleh kakaknya (isteri suspek) tidur di dalam biliknya. Sementara dia dan suspek tidur di ruang tamu. Namun menjelang waktu subuh, mangsa terhidu bau rokok di dalam bilik dan menyedari suspek berada di situ yang kemudian bertindak merogolnya. 


Kejadian itu dikatakan berlaku sejak Mac 2019 dan mangsa mendakwa dia telah dirogol oleh suspek sebanyak tiga kali. Perbuatan suspek hanya diketahui oleh ibu bapa mangsa pada Februari 2021. Tetapi pada peringkat awalnya, kes itu hanya ditangani oleh komuniti kampung. 


Gagal mencapai kata sepakat, ibu bapa mangsa mengambil keputusan untuk membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 


Suspek kini telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.


Sumber: Tribun News



from The Reporter https://ift.tt/3qaBiAN
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger