Home » , » 'Area KLCC ni memang tempat Karen suka² jalan tak pakai mask?' - Netizen dah mula geram, gesa pihak berkuasa ambil tindakan tegas

'Area KLCC ni memang tempat Karen suka² jalan tak pakai mask?' - Netizen dah mula geram, gesa pihak berkuasa ambil tindakan tegas

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments


Beberapa minggu lalu, tular seorang wanita warga asing yang dikenali sebagai Karen enggan memakai pelitup muka ketika berkunjung di sebuah butik mewah di pusat beli-belah terkenal dan telah dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM3,000 berikutan melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.


Tidak serik dengan kesalahan, wanita ini sekali lagi mencetuskan kemarahan netizen apabila tular gambar Karen dan seorang rakannya bersiar-siar di sekitar taman KLCC tanpa memakai pelitup muka. Gambar tersebut telah dimuat naik oleh netizen di Twitter.


“So, Karen je tak payah pakai mask ke? Wow! I’m so angry because i am local and follow the rules but this mofo can simply walk without mask? This is too much! Memang area KLCC ni tempat sarang Karen suka-suka tak pakai mask ke? Mana undang-undang? Wajarkah aku marah?


Menurut wanita ini, ketika dia sedang berjalan bersama anaknya di tempat itu, dia telah diberi amaran oleh polis yang melarangnya untuk membuka pelitup muka walaupun seketika.


“Aku marah sebab haritu, semasa aku strolling dengan anak aku pergi fountain dekat KLCC Park. Weekdays, tiada orang, kosong so aku bukak mask nak selfie ambik gambar dengan anak aku. Then datang polis tiup wisel dia cakap aku sini tak boleh buka mask. Nak ambik gambar pun kena pakai mask! Habis ‘Karen’ tadi tu takpa?


“Aku lepas dia cakap tak boleh aku faham je ikut jela if memang tak boleh… habis yang Karen tadi selamba pusing-pusing park okay je?” tulisnya di Twitter sambil memetik nama Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin.


Berikutan dengan isu ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah mengeluarkan satu kenyataan media.


“Hasil penelitian ke atas gambar yang dimuat naik menunjukkan wanita bukan warganegara dilihat sedang berjalan kaki dengan tidak memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki Taman KLCC, Kuala Lumpur.


“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi telah membuka satu satu kertas siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Pelan Pemulihan Negara 2021.)


“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa dan tindakan di bawah peruntukan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan,” kata ACP Noor Dellhan Yahaya.


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pula akan membatalkan pas dan kemudahan Imigresen yang diberikan kepada warganegara asing yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).


"Mereka juga akan diusir pulang ke negara asal dan disenarai hitamkan dari memasuki negara ini semula, sepertimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 8 dan Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63.


"JIM juga mengingatkan warga tempatan yang menjadi penaja atau majikan kepada warganegara asing supaya lebih bertanggungjawab dalam memastikan warga asing ini patuh kepada arahan dan undang-undang negara ini," kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.


Sumber: Utusan Malaysia, Amma Llama, Mohd Redzuan Abdul Manap, Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3cuk0qm
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger