Home » , » Dah bayar RM2,500 tapi 6 bulan masih belum bertemu jodoh, penjawat awam serang staff wanita dalam lif

Dah bayar RM2,500 tapi 6 bulan masih belum bertemu jodoh, penjawat awam serang staff wanita dalam lif

shamsulazlan | 00:22 | 0 comments


Hasrat mencari jodoh melalui sebuah laman web menemui kegagalan, mengundang seorang detektif koperal bertindak memukul wanita berusia 34 tahun di Jalan 2 Chan Low Lin, pada Selasa lalu. 


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek berusia 35 tahun sebelum itu datang ke pejabat mangsa yang juga merupakan pegawai khidmat pelanggan syarikat mencari jodoh tersebut dan dikatakan berlaku perselisihan faham di antara mereka. 


Difahamkan, suspek telah membuat pembayaran sebanyak RM2,500 kepada mangsa, tetapi malangnya tiada calon jodoh yang ditemuinya dalam tempoh enam bulan. 


Suspek kemudian menyalahkan mangsa dan membawanya ke lif lalu diserang sehingga mengalami kecederaan dan pendarahan di bahagian kepala. 


Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sebelum membuat laporan polis. 


Bertindak di atas laporan itu,anggota terbabit telah dipindahkan tugas ke bahagian pentadbiran, sementara siasatan lanjut sedang dijalankan. 



"Susulan kes ini, kami mengambil tindakan serta-merta dengan memindahkan anggota terbabit dari tugas sebagai detektif kepada tugas pentadbiran sementara siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis Kuala Lumpur. 


"Selain siasatan dari segi pelakuan jenayah, siasatan dari segi tatatertib turut dijalankan terhadap anggota terbabit," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/30NQ9Xo
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger