Home » , » 'You perah sendiri ke susu tu?' - Ejen produk susu Nilofa buat laporan polis diganggu secara seksual di SJR Putrajaya

'You perah sendiri ke susu tu?' - Ejen produk susu Nilofa buat laporan polis diganggu secara seksual di SJR Putrajaya

shamsulazlan | 03:24 | 0 comments


Viral di media sosial, tweet  seorang wanita berusia 28 tahun yang mendakwa dia telah diganggu secara seksual oleh anggota polis bernama Logan di sekatan jalan raya (SJR) Putrajaya pada jam 9.05 pagi, Sabtu, 27 Mac 2021 di susur keluar dari Putrajaya ke lebuhraya SKVE dan LDP.


Menurut wanita itu, perbuatan anggota terbabit juga telah menyebabkan dia berasa malu kerana beberapa lagi anggota lain termasuk askar dan polis trafik di SJR tersebut juga ketawa ketika kejadian yang tidak diingini itu berlaku. 


"Saya diganggu secara seksual oleh anggota polis bernama Logan kalau tak silap. Dia bertanya saya nak pergi mana, saya memberitahu, "Nak pergi deliver susu Nilofa". Dan dia kata, "You perah sendiri ke susu tu?". Dan macam b***h tak bertamadun, askar dengan polis trafik kat situ bantai gelak. 


"Pakai tudung labuh dan diganggu secara seksual, perbuatan yang tak boleh diterima. Tolong ambil tindakan," tulisnya di Twitter. 


Dalam kenyataan media Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Hj Mohd Fadzil Ali, yang dikeluarkan hari ini berkata, pegawai polis yang didakwa melakukan gangguan seksual itu telah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan tersebut. 


"Pegawai polis berkenaan telah membuat laporan berkenaan hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita yang mendakwa telah berlaku gangguan seksual melalui perkataan yang tidak sopan oleh pegawai polis yang bertugas di SJR di Putrajaya. Laporan itu dibuat kerana menurut pengadu, dakwaan wanita itu itu adalah tidak benar," katanya. 


Beliau juga memaklumkan, wanita berkenaan turut membuat laporan polis pada hari yang sama. Dalam laporannya memaklumkan, dia pada ketika itu sedang dalam perjalanan untuk urusan perniagaan produk minuman susu. Setibanya di lokasi kejadian, dia telah disoal dengan ayat "You perah sendiri ke susu tu?". 


Pertanyaan pegawai polis itu membuatkan dia berasa tidak selesa lalu memuat naik perkongsian mengenai insiden itu di akaun Twitternya.


Siasatan awal polis mendapati, pegawai polis itu menafikan dakwaan tersebut. Sebaliknya dia bertanya berkenaan produk susu itu dengan ayat, "You buat sendiri ke susu tu?". Petugas lain termasuk Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di lokasi juga menafikan berlakunya gangguan seksual sebagaimana dakwaan wanita tersebut. 


"Kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara untik tindakan lanjut," katanya. 


Mohd Fadzil juga memberi jaminan, siasatan akan dijalankan dengan telus tanpa sebarang kompromi. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Muhamad Shamin Abul Qasim (Pegawai Penyiasat) di talian 03-8886 2068. 



from The Reporter https://ift.tt/3w5wygj
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger