19 jam yang lalu, suami kepada pelakon Risteena, iaitu Isa Khan, memuat naik kenyataan tidak puas hatinya terhadap wartawan dari sebuah portal hiburan yang katanya telah menerbitkan artikel berbaur fitnah yang mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu viral yang mendakwa mereka menyalahgunakan kebenaran merentas negeri untuk berbulan madu di Sabah.
Berdasarkan gambar itu yang dikongsikan, wartawan berkenaan cuba menghubungi Isa untuk menemubualnya mengenai isu tersebut. Tetapi Isa berkata, belum sempat dia membalas mesej itu, portal berkenaan telah menerbitkan satu artikel mengenai mereka.
"...belum sempat aku bagi statement apa-apa, kau tulis artikel ikut sedap kepala kau dah kenapa? Siapa ajar bro? And then kau nak cover pungkuq kau, kau tulis lagi satu artikel cakap netizen yang tuduh bukan-bukan.
"Aku rasa yang busuk hati tu kau kot. Aku minta kau remove artikel itu sebab berbaur fitnah dan boleh menimbulkan lagi banyak salah faham. Itu pun kau tak boleh nak buat??
"Bangga sangat dengan write up sampah kau tu ke? Ini memang jenis makhluk bebal yang tahap tak faham bahasa dah ni," tulis Isa.
Dalam pada itu, Isa menegaskan kedatangannya ke Sabah sememangnya bertujuan untuk menguruskan hal-hal perniagaan.
"Semua dokumen lengkap perniagaan pun dah disertakan pada pihak yang bertugas. Ada masa, aku luangkanlah bersama isteri. Mungkin posting ada timbulkan salah faham, itu sahaja.
"Eh bro, lain kali tanya dulu. Jangan main henjut ikut sedap kepala kau je. Nak muntah aku baca artikel kau. #cheap," tulisnya.
Semalam, Risteena melalui Instagramnya menafikan artikel yang dilaporkan portal hiburan sehingga mengundang banyak salah faham netizen.
"Kami di Sabah ada urusan kerja dan telah mendapatkan surat merentas untuk tujuan kerja. Harap semua tidak membuat spekulasi yang tidak betul," tulisnya.
Sumber: IG Risteena, IG The Isa Khan
from The Reporter https://ift.tt/3lJmWmJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment