Dua pelajar yang menghina guru melalui contengan pada baju sekolah mereka sambil menunggang motosikal didakwa di Mahkamah Majistret pada Khamis, 11 Mac 2021 atas pertuduhan menghina.
Kedua-dua tertuduh berusia 17 tahun itu terus mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.
Berdasarkan pertuduhan, dua tertuduh itu didapati memakai baju sekolah yang diconteng dengan tulisan bermaksud menghina atau lucah terhadap guru sehingga mengganggu keamanan setempat kerana dipakai di tempat awam.
Mereka yang melakukan kesalahan itu di bulatan Chempaka pada jam 4 petang, 3 Mac 2021, didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 mengikut akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Gayathri, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Malaysia, Nik Nazriani ik Abd Rahman.
Mahkamah membenarkan dua remaja itu dijamin RM100 dengan seorang penjamin. Kes akan disebut semula pada 22 Jun 2021 dan laporan akhlak.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3l65HM4
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment