Home » , » (Video) 'OMG! Myvi terbang, chiiuuuuu~' - Myvi nyaris terjunam tetapi mujur sempat melompat longkang besar

(Video) 'OMG! Myvi terbang, chiiuuuuu~' - Myvi nyaris terjunam tetapi mujur sempat melompat longkang besar

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments


Sebuah kereta Perodua Myvi facelift 2015 dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Jalan Indah Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor Bahru dalam jam 3.22 petang, hari ini. 


Menurut sumber, pemandu kereta itu tersepit dan pasukan penyelamat yang dikerahkan ke lokasi kejadian terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa. 


Mangsa lelaki yang berjaya dikeluarkan kemudian dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.


Berdasarkan video berdurasi 33 saat itu menunjukkan barisan pokok hiasan yang ditanam di tepi jalan terjejas akibat rempuhan itu. Kesan kenderaan kompak itu terbabas juga jelas dan pada awal awalnya netizen menyangka kereta Myvi itu termasuk ke dalam longkang. 


Tetapi sangkaan itu meleset bila mana perakam menunjukkan kereta Myvi itu berada di seberang longkang dan perkara itu mengundang pelbagai persoalan netizen bagaimana kemalangan itu boleh berlaku. 


Netizen percaya, kereta Myvi itu dipandu dengan kelajuan tinggi sebelum terbabas dan terbang melangkaui longkang besar berkenaan.



Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika memandu dan memastikan ruangan tempat letak kaki di bahagian pemandu bebas dari segala sisa seperti botol, kasut dan yang sewaktu dengannya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 


Jangan disebabkan kecuaian diri, nyawa sendiri melayang sehingga meragut nyawa pengguna lain. Beringat sebelum terkena, ingatlah orang tersayang.


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3lKYUI4
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger