Home » , » 'Saya dah putus asa' - Wanita nekad jual ginjal untuk bayar hutang jiran, bank

'Saya dah putus asa' - Wanita nekad jual ginjal untuk bayar hutang jiran, bank

shamsulazlan | 21:24 | 0 comments


Seorang ibu tiga anak di Lumajang, Jawa Timur, Indonesia baru-baru ini viral di media sosial selepas gambarnya menawarkan ginjal untuk dijual dengan harga Rp500 juta (RM143,823). 


Farhiyatun Naini, 37, nekad menjual ginjalnya untuk membayar hutan kerana sudah putus asa setelah mencuba pelbagai cara untuk mendapati wang tetapi tidak berhasil. 


Farhiyatun mengakui dia terbeban dengan hutang berjumlah Rp2 juta (RM575) yang dipinjam dari jirannya sebelum ini. Selain itu juga, dia mempunyai tunggakan ansuran pinjaman dengan pihak bank.


Jelas Farhiyatun, dia sudah melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan wang. Tetapi usahanya itu tidak berjaya. Farhiyatun juga sudah berkahwin dan suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Namun, pendapatan suaminya masih tidak mampu untuk membantu membayar hutang-hutangnya yang semakin menggunung. 


Apatahlah lagi di musim pandemik, pendapatan suaminya turut terjejas. 


Setelah gambar dirinya ingin menjual ginjal di tempat awam, banyak pihak termasuk netizen menasihatkannya untuk membatalkan saja niat itu. 


Farhiyatun kini telah menyesal dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi. 


"Saya tidak akan mengulangi niat menjual ginjal lagi. Apa lagi pihak keluarga sudah membantu menyelesaikan hutang saya dengan jiran. Saya minta maaf," katanya. 


Kisah wanita itu juga mendapat perhatian Ketua Daerah Lumajang, Thoriq, yang kemudian menawarkan diri untuk membantunya. Thoriq berkata, pihaknya akan berbincang dengan pihak bank agar dapat membantu meringankan sedikit bebanan Fahriyatun. 


"Kami juga akan memberi modal agar dia dapat berniaga dan mendapat pendapatan tambahan," katanya. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3u12yR4
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger