Home » , » 'Siap duduk berlipat kaki dalam almari' - Pasangan buat onar di rumah nenek dicekup JAIK

'Siap duduk berlipat kaki dalam almari' - Pasangan buat onar di rumah nenek dicekup JAIK

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments


Demi meluangkan masa bersama, seorang lelaki sanggup membawa teman wanitanya masuk ke rumah neneknya. Namun perbuatan pasangan itu mengundang padah apabila mereka diserbu dan ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana disyaki berkhalwat. 


Lelaki berusia 21 tahun dan pasangannya, 19 tahun dicekup pada awal pagi Selasa, 16 Mac 2021. Ketika diserbu, si lelaki sedang memakai selimut, manakala pasanganya menyorok di dalam almari. 


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat daripada orang awam sebelum melakukan serbuan itu pada jam 2.45 pagi. 


Sepasukan anggota penguat kuasa JAIK dikerahkan ke lokasi dan terpaksa memecahkan pintu bilik selepas mereka enggan memberikan kerjasama. 


Pemeriksaan mendapati, pasangan itu bukan suami isteri dan wanita itu pula masih berstatus bujang serta menetap di Perlis. 


Wanita itu memberikan alasan yang dia hanya menumpang sementara di rumah pasangannya kerana mempunyai urusan untuk mendaftar kursus perkahwinan mereka di Pokok Sena, Selasa. 


Bagaimanapun, alasan tidak masuk akal itu tidak diterima dan mereka ditahan serta dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan semula dengan jaminan keluarga masing-masing. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014. Jika sabit kesalahan, pasangna itu boleh dihukum dua tahun penjara atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2ODqIli
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger