Home » , » Suami tampar & ludah muka isteri sebab lambat masak rendang ayam

Suami tampar & ludah muka isteri sebab lambat masak rendang ayam

shamsulazlan | 07:24 | 0 comments


Hanya kerana isteri terlambat memasak rendang ayam, seorang lelaki tergamak menampar dan meludah isterinya dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.30 pagi di rumah pasangan itu di Jalan Pinang, Kampung Melayu. 


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 67 tahun dikatakan sebelum itu meminta isterinya memasak rendang ayam. Namun mangsa berusia 66 tahun terlambat memasak hidangan yang diminta suspek menyebabkan lelaki itu tidak berpuas hati lalu menampar pipinya.


Tidak cukup dengan itu, suspek duduk di atas badan mangsa dan meludahnya di bahagian muka. Suspek cuba mencekiknya, tetapi mangsa cuba melawan dan pergelutan itu menyebabkan mereka terjatuh dari katil. 


Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami kesakitan di bahagian badan dan lebam di dagu kanan yang tidak diketahui puncanya. 


Difahamkan, suspek merupakan seorang pesara yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis di mana dia memerlukan suntikan insulin sebanyak empat kali sehari. 


Mangsa tinggal di rumah itu bersama dengan suami dan ibu mentuanya berusia 86 tahun yang lumpuh. 


Kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan bersama dengan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/31qkg3V
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger