Enggan diperiksa dan ditahan, seorang pekerja warga asing sanggup melompat pagar ketika Jabatan Imigresen Terengganu melakukan operasi mengejut di sebuah tapak pembinaan di Kampung Pulau Kudat, pada Isnin, 22 Mac 2021.
Bagaimanapun, sepandai-pandai dia melompat, akhirnya dia berjaya ditahan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa imigresen yang lebih cerdik dan tangkas daripadanya.
Pengarah Imigresen Negeri, Tuanku Ungku Joha Ungku Mohamad berkata, dua pekerja asing terbabit di periksa dan salah seorang daripadanya yang merupakan warganegara Indonesia ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.
Difahamkan, operasi yang dijalankan itu membabitkan 15 pegawai penguatkuasa, yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2 petang di tujuh lokasi pembinaan di sekitar Hulu Terengganu.
Seramai 40 pekerja terdiri daripada 27 pekerja asing dan 13 warga tempatan telah diperiksa.
11 pekerja asing ditahan di pelbagai kesalahan antaranya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, lima kesalahan lagi gagal mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dengan melanggar syarat pas diberikan.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/3ceBAiw
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment