Kehidupannya tidak lari dari kontroversi, tetapi jutawan kosmetik ini seakan tidak pernah peduli apa yang diperkatakan netizen. Walaupun kes penderaan anak angkatnya belum lagi selesai serta menimbulkan persoalan netizen, dia dikhabarkan pula, bakal mengeluarkan lagu baru.
Seakan meniru konsep yang dipersembahkan oleh Billie Eilish dan juga penyanyi tempatan semasa berentap di AJL lalu, Aliff Syukri memuat naik sebahagian klip video lagu barunya yang akan dikongsikan di semua platform digital. Jika Aina Abdul mempersembahkan simbolik hancurnya hati, Aliff Syukri pula air mata berdarah tanda kesedihan.
“Inilah perasaan saya ketika ini. Lagu baru teaser saya. Ketika saya difitnah, orang mengecam melampau-lampau dan saya terdiam bukan sebab bersalah tetapi biar pihak berkuasa yang menjalankan tugas. Kalau bukan salah saya biarkan korang tanggung nanti. Saya sedih. Apa pun saya maafkan sahaja.
Bagi saya, tiada benda lain di dalam dunia ini yang paling berharga iaitu kebahagiaan. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kuatkanlah hati aku, Engkau kuatkanlah iman aku sebaiknya. Aku sentiasa tabah untuk meneruskan kehidupan ini. Dan Engkau berikanlah kebahagiaan kerana tiada benda yang paling penting selain kebahagiaan,” tulisnya.
Seperti biasa, segala tindak tanduknya mendapat kecaman netizen. Selain mengutuk suaranya, netizen juga tidak menyokong lagu ini dipertandingkan ke AJL.
“Lagu ini akan saya release Jumaat atau Isnin ini. Nantikan lagu baru saya di semua platform digital anda, dan doakan lagu ini masuk ke AJL tahun hadapan.” Katanya di dalam video tersebut.
Sumber: Aliff Syukri
from The Reporter https://ift.tt/3aHKm56
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment