Home » , » Bekas Setiausaha Akhbar Maszlee Malik Berkongsi Kisah Benar Kejahatan Lim Guan Eng & DAP – Tindas Melayu & Golongan Miskin

Bekas Setiausaha Akhbar Maszlee Malik Berkongsi Kisah Benar Kejahatan Lim Guan Eng & DAP – Tindas Melayu & Golongan Miskin

shamsulazlan | 04:38 | 0 comments

ALHAMDULILLAH, DAP MEMANG WAJAR DIJATUHKAN!

Baca kisah kejahatan DAP.

Tulisan Saudara ZF Zamir, bekas Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee Malik.

PENANG 14/05/18: Incoming Minister of Finance Lim Guan Eng react as he speaks to the press during press conference at Khazanah Office. PICTURE BY SAYUTI ZAINUDIN

👇👇👇👇👇👇

ADA sebuah mesyuarat yang sering dijadikan bahan percakapan dalam kalangan penjawat awam di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kisah ini agak popular sehingga saya sendiri pernah diminta kepastian mengenai kesahihannya oleh beberapa teman.

Kisah ini berlaku di sebuah mesyuarat di Kementerian Kewangan (MOF) antara dua menteri iaitu menteri pendidikan dan menteri kewangan. Bersama-sama di dalam bilik mesyuarat adalah pegawai tertinggi kedua-dua kementerian termasuk ketua setiausaha (KSU) KPM dan KSU MOF.

Mesyuarat tersebut terpaksa dilakukan setelah pelbagai usaha KPM untuk meneruskan bajet Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) dan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan & Keselamatan (KBK) seperti tahun-tahun sebelumnya menemui jalan buntu.

MOF telah menetapkan mahu mengurangkan bajet PKK sebanyak RM50.7 juta dan bajet BKK sebanyak RM427.3 juta untuk 2019 berbanding bajet yang diterima secara normal pada 2018 sebelumnya atau pengurangan RM478 juta keseluruhannya.

Ini menyebabkan hampir 1,382 syarikat terjejas berbanding jumlah keseluruhan 1,953 kontrak yang dikeluarkan. Lebih menyedihkan, keputusan ini akan menyebabkan seramai 10,406 pekerjaan dikurangkan dalam dua fasa.

Dalam dua mesyuarat bersama-sama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) pada 31 Januari 2019 dan 27 Mac 2019 yang dibawa oleh saudara Arul dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Maszlee Malik telah berjanji bahawa apa juga keputusan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pekerja kontrak di sekolah kerana mereka kebanyakannya adalah warga B40 yang bergantung hidup kepada gaji sekecil RM900 sehingga RM1500 sahaja.

Malangnya di dalam mesyuarat tersebut, permintaan KPM untuk mendapatkan jumlah bajet seperti yang diminta ditolak mentah-mentah. Diceritakan komen sinis salah seorang ahli mesyuarat: “Jaga sekolah ni tak perlulah ramai-ramai. Sekolah-sekolah kampung carilah ‘volunteer’ (sukarelawan), mak bapa yang tak ada kerja tu boleh volunteer.”

Inilah sebab mengapa kisah mesyuarat ini menjadi bahan percakapan di kalangan warga KPM.

Apakah maknanya ‘volunteer’? Bagaimana dengan tanggungjawab untuk pastikan barangan dalam bangunan sekolah tidak dicerobohi? Adakah PIBG perlu cari ‘volunteer’ untuk jadi ‘guard’ (jaga) sekolah pula?

Salah seorang pegawai di KPM pernah menyatakan kepada saya dalam nada marah setelah mengetahui kisah ini: “Kita tak boleh suka-suka ubah sistem yang dah ada. Apa maksud ‘volunteer’? Di sekolah ada barang seperti laptop, LCD dan banyak fail Sulit, siapa akan bertanggungjawab jika dicerobohi? Kalau ibu bapa yang ‘volunteer’ diserang pencuri, siapa akan bertanggungjawab terhadap mereka? Kalau kena tembak atau ditikam, siapa akan bayar kos perubatan?”

Pandang mudah

Kisah di atas adalah cebisan dari ratusan kisah yang kita semua biasa dengar di KPM. MOF seperti biasa, mengambil pendirian pandang mudah dan meneruskan agenda penjimatan seperti yang mereka mahukan.

Pekerja kontrak keselamatan dan kebersihan yang terlibat dalam program penjimatan mereka terus ditamatkan dalam dua fasa seperti dirancang. Kami di KPM setiap hari menerima panggilan, WhatsApp, mesej dan emel tentang perkara ini namun tidak mampu melakukan apa-apa kerana bajet yang diminta tidak diluluskan MOF.

Malah liputan turut disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Rakyat pada amnya melihat yang jahat adalah Dr Maszlee dan KPM, tanpa mengetahui punca sebenar mengapa sehingga 10,000 pekerja diberhentikan, atau seperti dilaporkan Utusan, 27,000 orang terjejas.

Banyak lagi kisah-kisah lain yang tidak perlu saya tuliskan secara terperinci butirannya. MOF membuat keputusan-keputusan mereka sendiri tanpa melakukan libat urus yang mendalam dengan pihak yang akan menerima kesannya.

Beberapa agensi di bawah KPM diarahkan tutup dalam sela masa yang kadangkala tidak masuk akal, ada di antaranya diarahkan tutup dalam masa 3 bulan.

Institut Terjemahan Buku Negara (ITMB) misalnya diarahkan tutup oleh Jawatankuasa Rasionalisasi kerana kononnya tidak penting. 96% pekerja ITBM adalah orang Melayu. Hari ini ITBM masih beroperasi setelah Maszlee membawa isu ini masuk ke dalam Kabinet, dan MOF masih tidak mengeluarkan sebarang bajet untuk membantu.

PADU diarahkan tutup walaupun sedang melaksanakan agenda dalam rangka tindakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. 90% pekerja mereka hari ini saya difahamkan sudah keluar mencari kerja lain dan saya tidak pasti apa akan berlaku kepada agenda pelan itu yang masih mempunyai baki 5 tahun.

Tidak penting

Dan yang paling tidak masuk akal, Institut Pendidikan Guru (IPG) juga termasuk dalam senarai rasionalisasi (tutup dan tamatkan) oleh MOF. Menurut pandangan mereka, penjimatan sehingga RM213 juta boleh dilaksanakan kerana Kerajaan tidak lagi perlu membayar elaun pelatih guru.

Saya menentang keras kerana dalam banyak perkara, mengapa kerajaan (melalui MOF) tergamak memotong bajet pendidikan dan elaun pelatih guru? Apakah sudah tidak ada cara lain sehingga bajet untuk pembinaan guru yang sangat penting ini perlu diusik juga?

Malah mereka secara sinis mencadangkan agar semua pelajar yang mahu masuk ke dalam sistem perguruan boleh membuat permohonan di Fakulti Pendidikan di mana-mana Universiti Awam yang ada dan perlu memohon tabung PTPTN.

Berita penutupan 27 IPG ini akhirnya meletup juga, disiarkan secara eksklusif oleh Berita Harian (BH). Sekali lagi, Maszlee terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa berita tersebut tidak benar dan ketika dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, perdana menteri setuju IPG dikekalkan.

Pada hari yang sama keputusan Kabinet ini dibuat, saya terpaksa bertegang urat dengan ketua editor BH semata-mata kerana mahu menutup kejahatan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh MOF ini.

Pengalaman rakyat

Saya percaya, rakyat tidak akan mudah melupakan ini. Pekerja paling bawah, warga B40 yang setelah bertahun-tahun bekerja kontrak dengan gaji tidak lebih RM 1500 diberhentikan setelah Pakatan Harapan (PH) naik.

Di sekolah pula, bajet ko-kurikulum tidak lagi turun. Sekolah tidak lagi mempunyai wang untuk membuat program keagamaan seperti Maulidur Rasul atau untuk membeli air mineral untuk murid yang akan mewakili sekolah ke kejohanan olahraga. Ribuan program badan beruniform seperti kawad kaki dan program sukan di sekolah dibatalkan.

Ini semua hanya berlaku setelah kerajaan PH naik.

Dalam masa yang sama, hanya pegawai kementerian sahaja yang tahu berapa banyak surat dari Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan yang sampai di Pejabat Menteri Kewangan tanpa melalui menteri pendidikan. Berapakah peruntukan yang diberikan oleh menteri kewangan kepada timbalan menteri pendidikan sepanjang tempoh 22 bulan ini agaknya?

Rakyat juga tidak akan lupa peruntukan RM60 juta kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, serta betapa megahnya parti DAP dan Lim Guan Eng ketika merasmikan kelulusan pentadbiran tunggal SMJK Heng Ee 2. Sekolah jenis kebangsaan Cina boleh dibuka sesuka hati, tanpa memerlukan bacaan semula Perlembagaan.

Ini semua hanya berlaku setelah kerajaan PH naik.

Dan paling terbaru, ketika beribu alasan diberikan untuk mengurangkan bajet pendidikan sebanyak beratus-ratus juta, sebanyak RM 450 juta diberikan kepada teman-teman rapat mereka untuk membantu usahawan e-wallet. Apakah ini?

PH naik sebab apa?

Ketika kita mula berkempen untuk memenangkan PH sebelum PRU14 yang lalu, kita hanya punya satu tujuan iaitu menewaskan koruptor.

Ketika itu kita semua bersatu padu dan belum belajar untuk menikmati kuasa dan kekuasaan. Namun seperti kata Lord Acton: “Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely. Great men are almost always bad men…”

Namun hari-hari saya di KPM nampaknya dihabiskan untuk mengawal tindak tanduk ahli politik yang sudah mulai korup untuk memuaskan hati sebilangan pengundi mereka sahaja.

Bermula dengan isu matrikulasi, yang menurut mereka perlu diluaskan 100% mengikut meritokrasi, kemudiannya memburuk dengan isu kemasukan ke jurusan kritikal di IPTA yang juga menurut mereka, perlu dibuka seluas-luasnya.

Semua semakin memburuk dengan adanya pemimpin DAP yang semakin besar kepala dan menteri yang mengambil 99% staf di pejabat yang menjaga hal ehwal perpaduan dari satu kaum sahaja. Isu seperti arwah Adib dan tulisan Jawi dicampur aduk sebagai perencah oleh golongan liberal seperti Siti Kasim untuk menekan kerajaan menjadi kerajaan yang pro-bukan Melayu. Kemudian hadir isu komik pro negara China oleh Superman Hew.

Tidak cukup buruk, keputusan Peguam Negara Tommy Thomas dalam kes LTTE keluar pula. Tidak dapat dielakkan persepsi kaum Melayu umum pada hari ini percaya kerajaan PH adalah kerajaan tunggangan DAP. Kerajaan PH pro Cina. Kerajaan PH anti Melayu-Muslim.

Polarisasi struktural-kultural

PH masuk pada awalnya dengan imej sebagai kerajaan yang bersih. Namun 22 bulan setelah gagal mengurus kemenangan, PH keluar sebagai kerajaan yang paling rasis, paling perkauman dan paling teruk, paling anti Melayu dan Muslim.

Rupa-rupanya, seperti kata Kuntowijoyo, koalisi PH yang terbentuk akibat integrasi vertikal Bersatu, Amanah dan DAP tidak membuktikan integrasi horizontol terwujud. Gerakan sosial-politik kita terbahagi secara kaku mengikut acuan budaya yang diterjemah mengikut acuan bangsa.

Semuanya terbias melalui tindak tanduk satu parti yang terlalu gopoh mahukan perubahan, dalam masa yang singkat tanpa mempedulikan psiki warga majoriti di negara ini.

– 3 Mac, 2020.

Source : ZF Zamir

TARGET PRU15 – TUMBANGKAN DAP di PULAU PINANG

Perlu sekurang²nya 21 DUN utk TAWAN DAP Penang

15 DUN dijangka MN Menang

  1. PENAGA (N1) – Melayu 91.92%; Cina 7.5%; India 0.39%; lain² 0.19%.
  2. BERTAM (N2) – Melayu 67.98%; Cina 22.81%; India 8.86%; lain² 0.36%.
  3. PINANG TUNGGAL (N3) – Melayu 75.92%; Cina 20.29%; India 3.56%; lain² 0.23%.
  4. PERMATANG BERANGAN (N4) – Melayu 84.84%; Cina 7.15%; India 7.82%; lain² 0.18%
  5. SUNGAI DUA (N5) – Melayu 83.01%; Cina 14.53%; India 2.17%; lain² 0.28%
  6. TELOK AYER TAWAR (N6) – Melayu 65.8%; Cina 23.21%; India 9.96%; lain² 1.03%
  7. SEBERANG JAYA (N10) – Melayu 66.66%; Chinese 20.76%; Indian 11.93%; lain² 0.56%
  8. PERMATANG PASIR (N11) – Melayu 74.37%; Cina 23.75%; India 1.69%; lain² 0.19%
  9. PENANTI (N12) – Melayu 77.87%; Cina 19.78%; India 1.78%; lain² 0.57%
  10. SUNGAI BAKAP (N20) – Melayu 61.06%; Cina 22.18%; India 16.42%; lain² 0.34%
  11. SUNGAI ACHEC (N21) – Melayu 67.52%; Cina 24.95%; India 7.14%; lain² 0.38%
  12. BATU MAUNG (N37) – Melayu 53.91%; Cina 36.49%; India 8.58%; lain² 1.13%
  13. BAYAN LEPAS (N38) – Melayu 64.41%; Cina 29.81%; India 5.29%; lain² 0.22%
  14. PULAU BETUNG (N39) – Melayu 64.79%; Cina 30.53%; India 4.02%; lain² 0.66%
  15. TELUK BAHANG (N40) – Melayu 65.94%; Cina 30.32%; India 3.35%; lain² 0.39%

7 DUN ni perlu mulakan KERJA dari Sekarang jika MAHU TUMBANGKAN DAP di PULAU PINANG.

  1. BAGAN DALAM (N9) – Melayu 21.87%; Cina 51.85%; India 25.81%; lain² 0.47%
  2. MACHANG BUBUK (N14) – Melayu 34.94%; Cina 53%; India 11.72%; lain² 0.34%
  3. BUKIT TENGAH (N17) – Melayu 35.52%; Cina 47.33%; India 16.79%; lain² 0.36%
  4. DATUK KERAMAT (N29) – Melayu 28.83%; Cina 56.53%; Indian 14.11%; lain² 0.54%
  5. SUNGAI PINANG (N30) – Melayu 33.19%; Cina 51.56%; India 14.75%; lain² 0.49%
  6. BATU UBAN (N35) – Melayu 25.57%; Cina 60.42%; India 13.25%; lain² 0.76%
  7. PANTAI JEREJAK (N36) Melayu 37.25%; Cina 50.33%; Indian 11.64%; lain² 0.77%

The post Bekas Setiausaha Akhbar Maszlee Malik Berkongsi Kisah Benar Kejahatan Lim Guan Eng & DAP – Tindas Melayu & Golongan Miskin appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM https://ift.tt/2ThnJPa
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger