Pelakon Hollywood, Tom Hanks melalui Twitternya memaklumkan dia dan isterinya, Rita Wilson disahkan positif COVID-19 (Koronavirus).
Hanks dan Wilson masing-masing berusia 63 tahun, berada di Australia baru-baru ini bagi urusan penggambaran filem berkaitan dengan Elvis Presley terbitan Warner Bros di mana Hanks melakonkan watak pengurus kepada Elvis.
Melalui kenyataan itu, Hanks dan Rita mengalami selesema dan demam lalu pergi menjalani pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan mereka positif koronavirus.
Sementara itu, Warner Bros mengambil maklum mengenai perkara itu dan akan memberi kerjasama dengan pihak kesihatan Australia bagi mengesan kakitangannya yang disyaki terkena jangkitan virus itu.
"Kesihatan dan keselamatan kakitangan adalah merupakan keutamaan kami dan pihak kami akan mengambil langkah yang sewajarnya bagi melindungi mereka.
"Individu yang disahkan positif COVID-19 kini sedang menjalani rawatan," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2W5QOPt
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment