Home » , » 'Eh ada doktor, kawan saya positif COVID-19' - Patient sanggup menipu demi dapatkan MC buat doktor bengang

'Eh ada doktor, kawan saya positif COVID-19' - Patient sanggup menipu demi dapatkan MC buat doktor bengang

shamsulazlan | 23:37 | 0 comments

Dalam situasi yang membimbangkan ini, sebarang hal-hal yang berkaitan dengan wabak COVID-19 sememangnya menjadi keutamaan dan kerajaan juga telah mengarahkan semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan terkena jangkitan. 

Namun, ada juga segelintir rakyat Malaysia yang degil dan tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sehingga menimbulkan masalah pada pihak berkuasa. 

Dalam posting viral semalam, seorang doktor meluahkan rasa kesalnya terhadap pesakit yang sengaja menggunakan alasan COVID-19 semata-mata mahu mendapatkan sijil cuti sakit agar dapat melanjutkan cutinya.

Akibat dari perbuatannya yang tidak bertanggungjawab itu, bukan sahaja dua set PPE dibazirkan, malah masa dan tenaga kakitangan klinik juga diperalatkannya demi kepentingan diri.

TOLONG jadi rakyat yang bertanggungjawab. Janganlah macam ni, mengaku ada kawan positif COVID-19 semata-semata nak MC. Aku marah betul ni.

Seorang lelaki ini datang ke klinik dengan batuk-batuk. Di kaunter saringan, dia kata tak ada pergi travel, tak kenal pesakit COVID-19 dan tak ada pergi ijtimak tabligh. So dia masuklah menunggu giliran seperti biasa. 

Jumpa dengan doktor, dia ceritalah sakit apa semua. Selepas itu doktor bertanya, "Awak tak ada kenal patient COVID-19 kan? Jadi awak jangan risau." 

Tiba-tiba patient kata, "Eh? Ada doktor, kawan saya positif COVID-19."

Cuaklah semua orang dalam bilik tu. Sudahlah ada seorang lagi doktor hamil kat situ. Terus misi bawa dia ke bilik isolasi. Aku yang bertugas untuk tengok patient di bilik ISO. Misi call aku.

"Kejap kak, saya baru habis solat. Suruh patient tunggu dulu. Nak pakai PPE semua ni." 

Tahu tak, leceh gila nak pakai PPE tu. Cover from head to toe. Dah siap, aku pergi ke bilik ISO. Sampai di bilik itu, patient tak ada. Aku terus inform misi. Selepas itu semua sibuk mencari patient itu. Manalah tahu kalau dia pergi ke tandas ke, beli air ke. Habis satu klinik cari patient ni, menyusahkan orang. 

Setengah jam aku macam bodoh tunggu patient tu. Aku pun buka PPE, inform MO Senior ada patient contact positif COVID-19 lari. Kitorang kena cari jugalah budak ini. Kalau berjangkit, habis satu pekan ini kena.

Call penghulu kampung, suruh dia tolong cari patient ini dan suruh dia datang ke klinik. Kalau tak jumpa, memang akan buat laporan polis. 

Guess what, lagi lima minit sebelum klinik tutup, budak ini tersengih-sengih datang balik dengan ayah dia. Satu klinik dah hangin masa tu. Aku terpaksa pergi bersiap pakai balik semua PPE bagai. Memang dah overtime la. Pakai PPE pun paling laju 15 minit. 

Aku dah start panas masa tu. Tahan je nafsu amarah aku kat bilik ISO. Aku tanyalah dia pergi mana tadi. 

"Saya pergi ambil adik tadi di sekolah." 

Fuh! Tipu apa pula ni? Kan dah start cuti sekolah ni mangkok. Aku terus tanya sampai part kawan dia yang positif itu. 

"Kawan tu memang positif ke? Admit di hospital mana? Memang kerja sama-sama ke?" 

"Sebenarnya doktor, saya nak minta MC saja. Saya tak ada pun kawan yang positif COVID-19 ni." 

Masa ini Ya Allah, dalam hati aku. Automatik aku letak pen. Tangan aku menggigil nak tumbuk budak ni. 

"Saya nak MC start lusa sebab cuti saya sampai esok saja. Penatlah nak balik KL nak terus kerja." 

Aku memang marah dia kaw-kaw depan bapak dia. Menyusahkan orang! Membazir dua set PPE! Membazir masa orang lain! Memang aku tak bagilah MC. 

Masa itu pukul enam petang. Last aku minum pukul 9 pagi. Tengah hari aku tak lunch sebab sibuk check jemaah tabligh yang pergi ijtimak baru-baru ini. Penat, haus, panas, kau boleh buat main-main pula hal COVID-19 ni?!

Jangan sampai aku jadi doktor pertama di Malaysia yang terajang patient sampai masuk ICU. 

Sumber: Amirul Azhar


from The Reporter https://ift.tt/2UeoKXw
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger