Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan khas kali kedua yang merayu agar rakyat mematuhi perintah kawalan pergerakan iaitu duduk di rumah dan tidak keluar bagi memutuskan rantaian jangkitan virus tersebut.
Wabak Covid-19 (Koronavirus) pada waktu itu dilaporkan telah meragut 8,842 nyawa dan 215,018 kes termasuk dua kematian di Malaysia. Namun, masih ada individu di negara ini yang enggan memberi kerjasama.
Disebabkan individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mendedahkan sejarah perjalanannya, menyebabkan orang lain dijangkiti virus tersebut.
Menurut Nurfaizal Fariz Sahdan, rakannya yang merupakan pegawai perubatan disahkan positif Covid-19 disebabkan ada pesakit yang menipu.
"Hari ini sahabat kami seorang doktor disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, suami dan anaknya yang masih bayi pun telah disahkan positif Covid-19.
"Gara-gara seorang pesakit yang menipu apabila ditanya tentang sejarah perjalanan dan kontak Covid-19," tulisnya di Facebook.
Nurfaizal menyeru, mana-mana individu yang mengalami simptom-simptom jangkitan virus itu bersikap jujur untuk memudahkan pihak perubatan menjalankan tugas.
"Tolonglah jujur agar anggota kesihatan dapat bersedia menerima kehadiran anda. Menangani Covid-19 adalah tanggungjawab kita rakyat Malaysia," tulisnya.
Sumber: Nurfaizal Fariz Sahdan
from The Reporter https://ift.tt/3da7dZ6
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment