Home » , » 'Saya terdengar isteri sedang lakukan hubungan seks dengan anak saya' - Instafamous curang dengan anak tiri

'Saya terdengar isteri sedang lakukan hubungan seks dengan anak saya' - Instafamous curang dengan anak tiri

shamsulazlan | 02:36 | 0 comments

Kecurangan sememangnya sudah kerap berlaku di dalam hubungan rumah tangga. Tetapi kes curang kali ini agak berbeza kerana ia berlaku di antara isteri dengan anak tirinya sendiri. 

Marina Balmasheva, 35, meraih lebih 400,000 followers selepas berkongsi mengenai penurunan berat badannya di Instagram dan kini sedang menjalinkan hubungan dengan anak tirinya, Vladimir. 


Wanita berasal dari Krasnodar Krai, Rusia sebelum ini tinggal bersama dengan bekas suaminya, Alexey Shavyrin, selama 10 tahun sebelum bercerai. 

Di perkahwinan lalu, Alexey mempunyai dua orang anak iaitu Vladimir dan adiknya Viktor. 


Alexey, 45, dalam program bual bicara Rusia 'On Air' mendakwa, dia hanya mengetahui kecurangan Marina dengan Vladimir selepas dia terdengar mereka berdua sedang melakukan hubungan seks di rumah. 

"Satu malam itu, saya tak dapat tidur dan terdengar mereka sedang melakukan hubungan intim. Kemudian baru saya sedar Marina telah mengkhianati saya dengan menjalinkan hubungan dengan anak lelaki saya. 

"Beberapa minit kemudian, dia masuk ke bilik dan baring di sebelah saya. Saya langsung tak cakap apa-apa pada malam itu," katanya. 

Bagaimanapun, Marina menegaskan dia hanya mula menjalinkan hubungan dengan Vladimir, 20, selepas dia bercerai dengan Alexey. 

Marina turut menafikan dakwaan yang mereka melakukan hubungan seks di rumah seperti yang didakwa Alexey. 

Dalam program yang sama, Marina memberitahu dia tidak pernah mencintai Alexey, malah tidak pernah rapat. 


Marina sebelum ini mempunyai berat 132 kilogram. Hasil dari usahanya menguruskan badan, Marina berjaya menurunkan berat badan sebanyak 58 kilogram dan segala proses itu dikongsikannya di Instagram lalu viral di media sosial. 

Mengenai hubungannya, Marina tidak berasa tua apabila bersama dengan Vladimir. 


"Dia buat saya rasa muda dan bahagia. Saya faham mungkin suatu masa nanti dia akan terjumpa perempuan muda dan meninggalkan saya, tetapi saya tidak rasa dia akan buat seperti itu. 

"Dia akan menjadi lelaki dewasa yang berani. Saya bahagia dengan Vladimir dan dialah keutamaan saya," katanya. 

Sumber: The Sun


from The Reporter https://ift.tt/2vZpd7N
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger