Home » , » 'Saya manja dengan abang ipar saya semua, tak salah' - Chacha Maembong

'Saya manja dengan abang ipar saya semua, tak salah' - Chacha Maembong

shamsulazlan | 01:06 | 0 comments

Beberapa minggu lalu, netizen digemparkan dengan gambar pelakon, Chacha Maembong dicium abang iparnya di bahagian pipi kanan ketika majlis pernikahan kakaknya, Emma Maembong. 

Ramai netizen yang membawang mengenai isu itu dan tidak kurang juga yang memberi teguran bahawa perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana bertentangan dengan ajaran agama Islam. 

Setelah teruk dikecam netizen, Chacha akhirnya membuka mulut dan menegaskan tidak salah abang iparnya berbuat demikian. 

"Saya adik bongsu dan saya sangat manja. Saya manja dengan family saya. Saya manja dengan abang ipar saya semua, saya manja dengan semua orang yang saya rasa itu adalah keluarga saya. 

"Tak salah sebagai adik bongsu yang baru dapat abang ipar dan kakak saya baru je 'halal'. So tak salah kalau kita nak meraikan kebahagiaan itu. 

"Saya happy dengan family saya. Tak ada isu pun timbul dalam family pasal benda ni," katanya. 

Jelas Chacha lagi, gambar itu adalah gambar normal dan ramai yang berbuat demikian. Tetapi disebabkan dia merupakan public figure, lantas ia menjadi buah mulut orang ramai. 

"Fasal gambar itu, it's a normal gambar. Saya perasan 90 peratus orang, semua buat macam tu. Tapi kenapa bila saya, semua orang macam gila-gila hentam saya?

"Tapi biarlah orang nak cakap, cakap je lah. Saya swipe-swipe orang lain ada je gambar macam tu. Tak ada pun nak bising. 

"Saya tak boleh nak komen macam-macam sebab mulut orang kita tak boleh nak tutup. Sebab apa yang saya buat, kita ni sebagai public figure apa yang kita buat orang akan nampak semua salah kita.

"So cara yang terbaik kita diamkan diri. Tak payah balas membalas. Kalau melawan pun nak buat apa? I just keep it low," katanya. 

Sumber: Astro Gempak


from The Reporter https://ift.tt/39EMuus
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger