Bekas CEO Kumpulan CIMB, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang baru dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Muhyiddin baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tidak mahu isu politik mengganggu tugasnya di kementerian itu nanti.
Beliau berkata, apa yang perlu diberi fokus adalah cabaran ekonomi yang sedang dihadapi negara.
"Saya harap begitu. Saya rasa apa yang kita perlukan sekarang adalah untuk fokus mengenai cabaran, dengan cabaran yang mendatang.
"Dan saya pasti kamu semua tahu apa cabaran-cabarannya dari segi ekonomi," katanya.
Bagaimanapun, kenyataan Tengku Zafrul itu dikritik oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin.
"Menteri kewangan baru dilantik dalam ucap tamanya menyatakan no political interference in his ministry. Dia tak sedar pelantikannya atas move (gerakan) politik.
"Kalau inilah pendiriannya, lebih baik dia buka kementeriannya sendiri," tulis Bung di Twitternya.
Menteri kewangan baru di lantik dalam ucap tamanya menyatakan no political interference in his ministry, dia x sedar perlantikan nya atas move politik, kalau ini lah pendirianya lebih baik dia buka Kementerianya sendiri— Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) March 10, 2020
Apabila netizen meminta dia menarik balik kenyataan itu, pengerusi UMNO Sabah itu membalas, "No retreat, no sorry" (pantang undur, pantang minta maaf).
Menjelaskan mengenai kenyataan itu, Bung berkata kritikan itu adalah perkara normal dan dia sentiasa menyuarakan perkara yang tidak betul untuk diperbetulkan.
"...walaupun dalam BN dulu, saya sentiasa menyuarakan perkara yang tidak betul untuk diperbetulkan. Dia orang baru dan perlu diberi peringatan," tulisnya.
Perkara normal dalam kehidupan saya, walau pun dalam bn dulu, saya sentiasa menyuarakan perkara yg tidak betul utk diperbetulkan, dia orang baru dan perlu diberi peringatan https://t.co/sJd0vAUQmR— Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) March 10, 2020
Pada masa ini, Bung Moktar sedang sibuk membalas tweet-tweet pengikutnya yang tidak bersetuju dengan kenyataannya itu.
Sumber: MalaysiaKini
That is u problem, asal kita bersuara kau akan kata tak puas hati dan kecewa , mcm Kepala hotak hang mengarah ke itu pula, agak agak lah kalau nak berintraksi dgn saya https://t.co/NYRBhFzn8h— Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) March 10, 2020
Kau x ada akal kah? Kau tak tahu beza gaduh dgn komen secara fakta! Tak payah lah ikut dalam dunia media sosial kalau ini pun kau tidak faham https://t.co/Qd3eYmctgp— Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) March 10, 2020
Saya memang relax, kau yg langsung tak ada peluang jadi menteri, sebab kau bukan yb kau hanya tahu menjerit dikaki lima jalan raya. bahalul https://t.co/dd48dMkiDg— Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) March 11, 2020
Sumber: MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/3aVIWEr
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment