Home » , » Perjuangan Papagamo Meruntuhkan Pakatan Harapan : Kelahiran Pendekar Rakyat Part 1

Perjuangan Papagamo Meruntuhkan Pakatan Harapan : Kelahiran Pendekar Rakyat Part 1

shamsulazlan | 00:08 | 0 comments

Wan Muhammad Azri Wan Deris ( Papagamo ) merupakan seorang pejuang yang sangat berjasa dalam keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan. Tumbangnya kerajaan Barisan Nasional pada 9 May 2018 ( GE 14 ) kesemua kepimpinan dan organisasi BN hilang semangat , tidak tentu arah , lemah , berbalah , saling menyalahi dan hilang hala tuju.

Pada ketika itulah lahirnya seorang pahlawan yang tenang memulakan Facebook Live Di – Papa Azri

Ketika orang lain masih lagi hilang kepercayaan , hilang keyakinan , lemah semangat dan hilang roh perjuangan Papagamo tenang memulakan perjuangan menentang kerajaan Pakatan Harapan. Ketika itu pemilihan UMNO juga masih belum lagi bermula. Pahlawan ini sudah bangkit lawan Anwar , DAP , RBA dan keseluruhan Pakatan Harapan.

Biasanya jika pemimpin pakatan harapan membuat ceramah juga bilangan kehadiran sekitar 1000 – 5000 orang. Namun dalam Facebook Live papagamo ini sering mencecah angka sekitar 10 000 – 60 000 penonton. Beliau menggunakan kuasa sosial media untuk memberi kembali keyakinan penyokong BN , menyuntik semangat baharu dan menyatupadukan kesemua rakyat Malaysia menentang Pakatan Harapan.

Kerja ini nampak memang mudah tapi kalau betul – betul buat mana mungkin seseorang sanggup menghabiskan masa dan air liuh 4 jam hampir setiap hari untuk membuat live ? Ini merupakan satu pengorbanan. Pengorbanan demi rakyat demi bangsa demi negara.

Pendekar ini juga merupakan orang pertama yang menyatupadukan masyarakat Melayu sehingga terbentuknya idea Perpaduan UMMAH dan akhirnya kini dikenali sebagai Muafakat Nasional. Kepada mereka yang tidak mengenalinya akan mengatakan Papagamo adalah pejuang ultra Melayu yang racist tetapi realitinya beliau adalah seorang yang strategik untuk menyatukan kesemua rakyat Malaysia. Penyatuan Melayu hanyalah langkah pertamanya. Setelah kini Melayu bersatu dan melalui penyatuan Melayu inilah Papagamo menyeru supaya hak , kebajikan dna kehidupan bukan Melayu juga perlu dijaga.

Hal ini juga terbukti apabila Pakatan Harapan dan RBA sering hendak menimbulkan isu kaum tetapi PAPAGAMO sering tampil bangkit memberi ingatan kepada masyarakat Melayu yang sudah bersatu untuk tidak terperangkap untuk bermasalah dengan kaum – kaum yang lain. Katanya kita semua adalah rakyat Malaysia. Katanya kini Melayu sudah bersatu maka kita juga kena ada sokongan dan kerjasama daripada semua rakyat Malaysia melawan DAP dan Anwar.

Bezanya dengan Lokman Adam adalah Papagamo melontar peluru ke pihak lawan tetapi Lokman pula sering kali melontar peluru secara dalaman. Secara dalaman bukannya semua pemimpin disetujui dan disokong oleh Papagamo tetapi perkara ini tidak sesekali dijadikan alasanya untuk melawan orang dalam organisasi sendiri walaupun dia tidak suka kepada mereka.

Orang dalam lawan dia diam dan senyap. Syed Saddiq , Anwar dan DAP lawan dia maka dia bangkit dengan garang. Inilah perjuangan seorang pejuang BN / UMNO dan Muafakat Nasional yang sebenar.

Hasil perjuangan beliau BARISAN NASIONAL kembali bersemangat. Kembali yakin dan memiliki hala tuju. Hasil perjuangan beliau masyarakat Melayu kini bersatu sehingga terbentuknya Perpaduan UMMAH . Hasil perjuangannya beliau juga telah memenangkan 5 Pilihan Raya Kecil yang berlaku. Hasil perjuangan beliau juga akhirnya meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Papagamo tidak pernah sesekali ‘claim kredit’ dan menuntut jasa terhadap sebarang kejayaan yang berlaku pada hari ini. Beliau terus dibelakang tadbir bekerja kuat setiap hari dalam perjuangannya menentang PH , RBA , DAP dan Anwar. Biar miskin papa kedana , biar berpeluh darah dan biar diancam , diugut dan dimaki. Masuk dan keluar penjara dan mahkamah tetapi Tidak pernah sesekali beliau berhenti.

Kesemua individu dan pihak yang lawan dengan Papagamo akhirnya kini satu per satu jatuh terkubur. DAP , Anwar , Lim Guan Eng , Lokman Adam dan Syed Saddiq.

Beliau adalah antara ahli politik yang paling ikhlas dan jujur saya pernah kenali. Permulaan saya dalam karier politik seawal usia 15. Usia 15 – 18 ( IKD yang diketuai oleh Khalid Jaafar ) Usia 18 sudah merupakan Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP dan Ketua Pemuda Bahagian Klang. Usia 24 sudah menjadi Pengarah Unit Strategik Komunikasi MCA dan Setiausaha Sosial Media Presiden MCA pada ketika itu. Usia 26 menjadi salah seorang penasihat sosial media PMO ( GE 13 ) . Melalui perjalanan saya dalam politik sudah ramai pihak dan pemimpin serta ahli politik yang sudah saya kenali. Kesemua pihak ( BN atau PH ). Paling rendah sehinggalah yang paling atas sekali.

Papagamo hanyalah antara ahli politik biasa yang saya kenali. Tidak berjawatan tinggi. Namun bezanya adalah beliau adalah orang yang paling mesra , friendship ( brotherhood ) , ikhlas dan jujur dan tidak kira engkau adalah Melayu , Cina atau India. Asalkan berkawan dia akan buat apa sahaja untuk membantu anda. Saya perlukan PAS masuk dewan perhimpunan UMNO. Beliau tidak kata YOU CINA atau bukan UMNO maka tidak boleh. Beliau terus kata BRO I TRY MY BEST dan akhirnya deliver !

Perjumpaan kita kali pertama juka tidak bermuka – muka seperti ahli politik lain. Tidak kira imej dan hanya menjadi diri sendiri. Di sebuah perkampungan Tanjung Piai duduk di luar tanpa berbaju ( biasanya – kehidupan kampung ) dan sedang merokok. Beliau menampilkan imej seorang manusia dan bukannya ahli politik yang bertopeng drama memberi imej yang hendak ditonjolkan.

Bila berbicara dengan dia pun tidak perlu was – was. Boleh bicara apa sahaja sebab dia adalah insan yang tidak berpura – pura. Apa agenda , apa yang dia mahu dan segala sifat manusia yang biasa sering ada akan beliau tunjukkan sahaja. Beliau tidak akan mengeluarkan ayat – ayat politik seperti kebayakkan ahli politik. Beliau tidak akan retorik dengan ayat – ayat yang tidak ikhlas dari hati. Selesa chatting dengan beliau sebab kita sedang chat with a true friend rather just another politician. Beliau juga sering jujur dengan segala kelemahan diri. Saya Nakal. Saya tidak bepelajaran tinggi. Saya bukanlah suci dan baik sangat. Kejujuran inilah lebih baik daripada hiprokrit yang berlagak seolah – oleh mereka bijak , sijil palsu dan retorik seperti “demi rakyat’ dan sebagainya.

Di Tanjung Piai saya melihat seorang manusia yang benar berjiwa rakyat. Ketika semua ahli politik tinggal di hotel dia pilih tinggal di sebuah kampung yang usang bersama dengan jentera – jentera biasa yang lain. Ketika semua ahli politik sibuk hendak berceramah dan appear in public dia pula secara diam – diam seorang diri bergerak bersendirian jumpa seorang demi seorang dan pelbagai kumpulan muda di padang bola , di perkampunagan melayu dan ditempat yang tidak ditembusi oleh ahli – ahli politik. Kesemua tindakan ini tidak pernah sesekali dihebohkan.

Gambar ini sekali ini tunjuk kemesraan sebenar beliau . Di luar nampak garang , ego dan sombong ( muka sahaja – apa nak buat muka dah lahir begitu ). Secara realitinya gambar ini dia kata BRO MARI TANGKAP GAMBAR. Bayangkan dia tidak ego tunggu saya minta ambil gambir. Dia sendiri saya humble dan down to earth yang meminta. Dia tak kata pun BRO YOU CINA jauhi saya atau kita tidak boleh bergambar.

Pakatan Harapan terdesak sehingga viralkan kembalikan video lama Papagamo yang diedit. Bro Papagamo tanya saya adakah jika beliau berceramah pada jam 5 pada hari ini yang sepatutnya beliau hadir akan berlakunya sebarang masalah? Takut nanti masuk perangkap DAP dan PH . Berlaku sebarang pergaduhan dan akhirnya menjejaskan peluang kemenangan BN dan MCA.

Walaupun ketika MCA adalah calon Cina dan PPBM adalah Melayu namun perjuangan NASIONAL DAN NEGARA beliau melebihi bangsa. Beliau akhirnya memilih untuk menyorok dan tidak keluar. Bukan kerana PAPAGAMO takut. Ingat pahlawan macam Papagamo yang sudah biasa berlawan akan lari macam Syed Saddiq ?

Kalau ingatkan mungkin dia lagi suka. Namun disebabkan mahu MCA dan BN menang beliau sanggup jatuh maruah dan martabat diri untuk bersembunyi. Korbankan diri demi parti ! Kesemua ini adalah kisah besar yang tidak diketahui !

Saya akan mengakhiri nukilan setakat ini sahaja di sini. Nukilan yang seterusnya mengenai Papagamo akan bersambung. Untuk pengetahuan ahli politik yang saya kenali ramai. Yang berpangkat dan bergelaran tinggi pun ramai daripada kedua – dua pihak. Jika hendak dibandingkan dengan kenalan politik saya maka Bro Papagamo adalah antara yang paling biasa dari segi pangkat. Namun paling luar biasa dari segi aura , sikap , keikhlasan dan kejujuran. Pejuang politik yang mampu touch my heart kurang. SEBAB SAYA BENCI KEPADA MANUSIA YANG HIPROKRIT DAN BERPURA – PURA BAIK , JUJUR DAN IKHLAS. Saya lebih rela bersahabat dengan HARIMAU YANG GARANG DARIPADA MUSANG YANG LICIK !

Satu lagi rahsia hendak saya bocorkan. Kau orang ingat bila Papagamo buka live berjam – jam jawab semua soalan tahu semua benda? Seolah – olah tahu semua? Dia tidak seperti lokman dan pemimpin PH yang berlagak tahu semua. Di belakang tirai dia sangat rajin bertanya untuk mencari jawapan. Dia selalu tanya bro apa pandangan? bro apa analisis? bro apa ini dan apa itu !

Oleh sebab itu , bila waktu kau orang dia live tanya apa sahaja dia tahu dan jika tidak tahu dia akan jujur kata tidak tahu ( beza dengan orang lain ). Pengetahuan beliau luas kerana di belakang tirai humble dan rendah diri untuk asyik bertanya. Dan bukannya berlagak apa – apa pun tahu dan ego bertanya dan akhirnya bodoh tidak tahu.

Saya juga tahu ramai yang rindu kepada penulisan dan komentar saya sejak sudah tidak lama berbicara. Peliknya penulisan dan komentar saya sejak sekian lama dengan nama dan gambar saya adalah khas untuk saudara papagamo.

Saya tahu selepas artikel dan gambar ini RBA pula akan kata saya Pengkhianat Cina kerana menyokong atau bergambar dengan Papagamo namun SAYA TETAP DENGAN PENDIRIAN BERANI KERANA BENAR. Hanya yang benar – benar mengetahui Papagamo dialah seorang rakyat Bertopengkan Ultra Melayu tetapi berjiwa Malaysia.

Bro Papagamo – TAHNIAH dan TERUSKAN PERJUANGAN !

Akan Bersambung

Salam Kebangkitan

SYA

The post Perjuangan Papagamo Meruntuhkan Pakatan Harapan : Kelahiran Pendekar Rakyat Part 1 appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM https://ift.tt/2wTRSev
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger