Sehingga ke hari ini, ramai yang menunggu kerajaan mengambil tindakan terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad. Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa meminta semua pihak bersabar kerana lelaki itu baru saja pulang.
Beliau berkata, pihaknya akan membuat penilaian terlebih dahulu untuk menentukan sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang atau sekadar memberi nasihat.
"Nanti dulu, sebab dia baru balik. Saya perlu melihat dan nilai semua maklumat yang kita dapat. Jika hanya memberi nasihat, tidak bermakna tiada undang-undang. Yang penting nak jaga keseluruhan kepentingan masyarakat dan ikut cara Islam yang betul.
"Yang penting tindakan itu akan datang seiring (undang-undang dan nasihat) kerana kita lihat ini pakej rahmah untuk kita tegur," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Ahad 9 Februari 2020.
Menurut Mujahid, ada tiga perkara asas yang akan dinilai sebelum mengambil tindakan iaitu:
- Mengurangkan kerisauan orang ramai
- Melihat kepada isi kandungan yang dimuat naik oleh Sajjad
- Perlu menghormati landasan budaya syariat
"Pada waktu sama juga, kalau ada kesalahan dan sebagainya, dia kena betulkan balik dan jangan hanya betulkan sebab nak selamatkan diri, tapi biarlah betulkan dengan insaf.
"Ada orang minta maaf tapi tidak insaf. Jadi ia dua benda berbeza. Tapi kalau dia minta maaf dan insaf, kita pun tahu dalam Islam dia tidak boleh ulang balik perbuatan itu.
"Dan lebih penting jangan jadikan semua tindakan itu sebagai publisiti. Dia minta maaf pun publisiti, jadi itu memang tak kena bagi saya," katanya.
Mujahid sekali lagi menegaskan bahawa tiada bukti saintifik yang menyatakan Sajjad itu adalah seorang khunsa.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/31Dr2ma
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment