Sumber dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan, segala mesyuarat yang telah dijadualkan melibatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada hari ini telah dibatalkan.
Sementara itu, tiga pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) iaitu Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berada di kediaman Mahathir sejak jam 10.45 pagi tadi.
Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah juga turut serta dalam pertemuan itu.
Keempat-empat pemimpin itu bertemu dipercayai berbincang mengenai hala tuju PH selepas timbulnya desas desus penubuhan kerajaan baharu, Perikatan Nasional, yang melibatkan BERSATU, UMNO, PAS dan serpihan PKR, sekali gus mengenepikan AMANAH, PKR dan DAP.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, Mahathir kurang percaya dengan Anwar sebagai penggantinya walaupun Anwar sudah memaafkan peristiwa politik lalu.
Bagi kolumnis, Ab Jalil Backer berkata, ada yang melihat pergelutan itu kerana Anwar tidak sabar menjadi Perdana Menteri dan beberapa ketua parti komponen PH tidak mematuhi arahan dan nasihat Mahathir kerana melihat Mahathir hanya menunggu masa untuk bersara. Lalu tidak mematuhi arahannya.
Keadaan itu menyebabkan Mahathir 'hilang sabar' dan akhirnya mengumpul ahli Parlimen yang menyokongnya untuk membentu sebuah kerajaan baharu.
Sumber: Astro Awani, Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/37SlplB
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment