Semenjak penularan wabak koronavirus di Wuhan, China, ramai rakyatnya membuat pembelian panik sehingga sanggup berebut untuk mendapatkan beberapa barangan seperti topeng muka, ubat-ubatan dan bekalan makanan.
Dalam kes yang berlaku baru-baru ini di Wuhan, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bertindak menikam dua pelanggan lain hanya kerana berebut botol antiseptik yang terakhir di sebuah pasar raya.
Mangsa yang ditikam merupakan warga emas berusia 71 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.
Suspek telah ditahan dan kedua-dua mangsa telah dirawat di hospital serta berada dalam keadaan stabil.
Pada masa ini, rakyat di China terutamanya di kawasan terjejas dengan wabak koronavirus sangat terdesak untuk mendapatkan bekalan sehingga sanggup bergaduh untuk mendapatkan barangan yang diperlukan.
Sumber: Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/39BqUqm
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment