Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru ini tidak terlepas dari kritikan netizen.
Elly Mazlein yang terkenal dengan sikapnya yang periang di dalam lakonan mahupun kehidupan peribadi, gemar memuat naik apa-apa sahaja aktiviti yang dilakukan. Tetapi, tidak disangka satu video yang dimuat naik menunjukkan suaminya mencium leher Elly ketika masak menimbulkan perasaan kurang senang seorang netizen ini.
Maznah Tina melalui akaun di Facebook mengkritik peribadi Elly Mazlein di dalam sebuah portal dan mengundang reaksi marah netizen.
“Jangan nak mengada-ngada sangat asyik viral kisah engkau je. Baru kahwin semuanya indah. Tak malu ke cerita kisah kahwin engkau. Geli dan gedik lebih. Jangan nak megah sangat.
“Jangan satu hari dunia dah terbalik baru tau. Cukup-cukuplah cerita pasal kau kahwin tu. Dulu selepas kau bercerai,makin menjadi-jadi gedik kau. Sebelum kahwin, kemain bersopan. Bila dah bercerai, menyampah pula aku tengok. Kena pula kau jadi pengacara dengan Shuk. Kemain menggedik. Macamlah cantik sangat perangai tu. Meluat.”
“Hei kamu Maznah Tinah. Teman perati ke kamu. Nak marah pun ada tapi malas. Kita ni orang Perak tak suka gaduh pulak tu, sekarang ni dah campur dengan Kelantan. Ambo ni ore kelate, toksey gaduh-gaduh.
“Mu jange sakit hati, Maznah Tinah. Bior ler suami teman cium belakang tengkuk teman ni ha. Udoh lama tak merasanya. Bior la teman merasa bahagia. Gedik-gedik pun seronok jugak tu kadang-kadang Maznah Tinah.
“Tapi tak apelah Maznah, teman tak rasa apa-apa pun, teman tak kisah. Tapi kot ye pun, kalau nak tulis, naip ke pikior dulu sebelum menulis. Kita ni orang Malaysia.
“Biorlah lepas ni teman nak buat apa pun, usah lah sakit hati. Takpelah, apa-apa pun, Maznah Tinah, teman tak marah, teman suka.” katanya sambil ketawa di dalam video yang dimuat naik di dalam akaun Instagram.
Difahamkan, selepas isu tersebut menjadi viral, Maznah Tina memohon maaf dan berasa kesal dengan tindakannya.
Sumber: @iamellymazlein
from The Reporter https://ift.tt/2SBE9QS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment