Home » , » 'Lantak dia lah nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak cakap apa pun' - Ibu arwah Abam Bocey akui tidak larat layan isu yang timbul

'Lantak dia lah nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak cakap apa pun' - Ibu arwah Abam Bocey akui tidak larat layan isu yang timbul

shamsulazlan | 19:43 | 0 comments

Ibu kepada Allahyarham Abam, Sabariah Arshad, 63, berkata, adalah lebih baik dia dan Nur Hidayah Mohd Ali tidak berhubung lagi selepas pemergian anaknya. 

Menurut Sabariah, dia tidak tahu apa-apa mengenai isu yang berlaku dan hanya mengetahuinya melalui apa yang diceritakan oleh Ali Puteh. 

"Saya tak nak tahu apa-apa cerita pun, apa yang lebih saya fikir sekarang mengenai arwah anak yang sudah meninggal dunia itu. 

"Sekarang saya dah hilang tempat bergantung. Saya perlu memikirkan keadaan diri sendiri. Kesedihan yang ditanggung ini pun belum hilang lagi," katanya memetik laporan dari Harian Metro Khamis, 27 Februari 2020. 

Sabariah berkata, selama ini dalam telefon bimbitnya hanya ada nombor anak-anak saja yang disimpankan oleh Allahyarham Abam bagi memudahkan dia untuk menghubungi mereka. 

Ditanya mengenai tindakannya menantu yang keluar dari rumah selepas kematian Abam, Sabariah berkata, terpulang kepada apa yang hendak dilakukan oleh Hidayah. 

"Lantak dia lah, dia nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak cakap apa pun. Saya tak hirau," katanya. 

Ujarnya lagi, lebih baik dia dan Hidayah, masing-masing tidak berhubung selepas pemergian Abam. 

Dalam laporan Berita Harian pula, Sabariah berkata, Hidayah keluar dari rumah pada hari keenam arwah pergi. Dia juga berkata, Hidayah tidak menyimpan nombor telefonnya, apatah lagi pesanan sebelum meninggalkan rumah. 

"Dia tidak ada nombor telefon saya. Sama juga saya tidak menyimpan nombor telefonnya. Jadi, saya tidak tahu keadaan mereka. 

"Saya tidak pernah menyuruh dan tidak melarang jika dia hendak keluar dari rumah yang disediakan arwah. 

"Norhidayah tidak cakap apa-apa ketika keluar dari rumah. Biarlah, saya pun malas hendak ambil tahu. Saya sudah tua dan tidak larat lagi. 

"Saya buta huruf dan tidak pandai menggunakan telefon bimbit. Jika hendak menelefon anak-anak, saya hanya menekan punat 'speed dial' sahaja. 

"Pada usia sekarang, saya malas hendak fikir perkara remeh. Saya reda dan maafkan apa sahaja orang lakukan kepada saya. 

"Saya hanya fikir siapa yang nak bela dan beri saya makan selepas ketiadaan abang. Itu sahaja," katanya yang juga merindui cucunya itu. 

Ditanya mengenai hasrat Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang mahu datang bertemu dan memohon maaf di atas perbuatannya yang menjadi punca kepada masalah itu, Sabariah berkata dia boleh menerima kedatangan ahli perniagaan itu tetapi tidak perlu membawa kamera. 

"Jika dia hendak meminta maaf, tidak perlu bawa kamera. Datang dan jumpa secara empat mata sahaja. Jika dia hendak bawa kamera, lebih baik tak payah jumpa," katanya. 



from The Reporter https://ift.tt/2I3dR53
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger