Dalam kejadian yang tidak diketahui masa dan lokasi itu, penguat kuasa terpaksa menunda kereta warga emas itu kerana diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Tindakan penguatkuasa itu membuatkan warga emas itu bengang lalu berdepan dengan anggota berkenaan.
Berdasarkan video, anggota itu dipercayai memberi amaran kepadannya untuk tindak bertindak di luar batasan. Malangnya amaran itu tidak diendahkan dan dia terus memukul anggota itu dengan payung sebelum dibalas balik dengan tumbukkan dan ditarik dari belakang sehingga terjatuh.
Orang ramai yang menyaksi kejadian itu segera datang meleraikan kedua-dua pihak dan kedengaran berkata, "Dia orang tua bang, jangan..."
Tidak diketahui apa yang berlaku seterusnya tetapi di media sosial, netizen memberi pelbagai reaksi mengenai kejadian itu. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju dengan tindakan anggota terbabit.
from The Reporter https://ift.tt/2SnuTRl
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment