Seorang bayi perempuan berusia enam bulan terselamat dari renjatan elektrik selepas meletakkan kabel pengecas telefon bimbit yang mempunyai arus di dalam mulutnya.
Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu di Lucas do Rio Verde, Brazil, renjatan itu menyebabkan bekalan elektrik rumah itu terputus dan mangsa terus pengsan.
Akibat dari renjatan itu, mangsa mengalami kecederaan melecur teruk di bahagian muka, tangan dan beberapa jari kanannya.
Mangsa sebelum itu dipercayai bermain dengan kabel pengecas telefon itu yang sedang digunakan oleh keluarganya.
Mangsa terus dikejarkan ke hospital berhampiran dan doktor mengesahkan kecederaan mangsa adalah serius serta berisiko maut lalu diberi rawatan segera sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sebaik saja sedar, mangsa menangis tanpa henti dan menurut datuk mangsa, cucunya pada ketika kejadian sedang tidur di katil yang diletakkan di lantai dengan telefon bimbit yang sedang dicas berada bersebelah dengannya.
Mangsa dipercayai terbangun lalu mengambil telefon bimbit itu dan meletakkan kabel pengecas ke dalam mulut menyebabkan dia terkena renjatan elektrik serta-merta.
Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana selamat dan doktor menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak kecil sentiasa mengawasi anak masing-masing serta tidak membiarkan alat-alatan elektrik yang berbahaya diletak di tempat yang mudah digapai oleh anak kecil.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/2usY10A
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment