Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah mengesahkan kejadian seorang pelajar sekolah dipukul sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Pasir Mas pada Ahad lalu dipercayai berpunca dari kes berebut teman wanita.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6 petang di mana mangsa berusia 15 tahun dipukul, ditumbuk dan disepak beberapa kali oleh sekumpulan pelajar berusia 14 hingga 16 tahun kerana berebut teman wanita yang juga merupakan pelajar sekolah sama.
"Mangsa kemudian cuba keluar dari kelas, namun dipukul pula secara beramai-ramai oleh kumpulan pelajar ini.
"Berikutan itu, mangsa yang menyedari rakaman video tular membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Mas hari ini," katanya.
Kesemua pelajar terbabit akan ditahan tidak lama lagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun keseksaan kerana bergaduh.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/2Snw4R0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment